Saturday, June 1, 2013

SYOR LOKASI PERANGKAP LAJU DILEBUHRAYA PLUS LEBIH RASIONAL

Saudara Pengarang.

Setiap hari kerja saya melalui Lebuhraya Plus dari arah Senawang ke Kuala Lumpur. Setibanya kawasan kawalan AES berhampiran persimpangan Kajang, kebiasaannya kenderaan akan "menghormati AES" dengan memperlahankan kenderaan mengikut hadlaju yang ditetapkan.

Kebiasannya, selepas lokasi tersebut, ada kenderaan akan bergerak melebihi had laju 90KM/J iaitu dalam sekitar 100-110KM/J kerana pertambahan kenderaan keluar dari perbagai persimpangan.

Apa yang menarik, pihak polis trafik lebih suka memilih kawasan selepas sistem  AES kerana beranggapan tabiat  pemandu akan memecut selepas perangkap AES. Bagi pendapat saya, laluan selepas perangkap AES diantara  persimpangan Kajang ke Tol Sg Besi tidaklah memerlukan pendekatan "memerangkap" pemandu kerana laluan tersebut agak sukar memecut melebihi 110KM/J yang boleh membahayakan keselamatan orang lain.

Saya lebih bersetuju jika polis trafik membuat perangkap laju sebelum sistem AES kerana dilaluan sebelum sistem AES dari arah Seremban kebiasaannya pemandu memecut sehingga 180KM. Bagi saya, tahap  kelajuan tinggi sebegini amat bahaya dan perlu di didik dengan hukuman berbanding kelajuan sekitar 100-110 KM/J dikawasan antara persimpangan Kajang ke tol Sg Besi.

Oleh itu, diharap ketua tarfik yang membuat perancangan perlu membuat pendekatan  baru yang lebih rasional dalam melaksanakan undang-undang.Dengan pendekatan sebegini, kelihatan ketua-ketua unit lebih bersikap matang dan berhemah semasa menjalankan tugas.


TENGKU MAN
Pandan Indah