Saturday, February 2, 2013

DEMAM PRU 13 : HATI-HATI ADA HANTU TEGAR LOMPAT PARTI

Saudara Pengarang,

Dalam pemerhatian saya, demam kempen  PRU 13 semakin panas. Bagi orang-orang politik dan ahli perniagaan semakin gelisah akan kedudukan karier dan perniagaan mereka. Maklumlah, tersilap menyokong parti buruk padahnya masa depan.

Oleh itu, ingin saya memberi pandangan kepada Jawatankuasa Pemilihan Calun parti supaya berhati-hati dengan manusia "dua alam" ini. Mereka akan menukar "kiblat" apabila parti yang disokongnya kini menunjukkan akan kalah apabila piliharaya semakin dekat.

Mengikut soalselidik yang dibuat oleh beberapa agensi dan organisasi, BN akan memenangi PRU 13 dengan cemerlang samada diperingkat parlimen dan negeri.

Kebiasaannya, manusia "dua alam" ini akan mempromosikan diri mereka menjadi ahli baru parti kerana kononnya tiada kepercayaan terhadap kepimpinan parti. Persoalannya, kenapa sekarang?. Inilah dikatakan "survival" untuk hidup "1000 tahun" lagi.

Mana tau.. mereka diangkat menjadi YB atau diberi kontrak. Tambahan pula membawa pengikut setia mereka.

Diharap Jawatankuasa Pemilihan berlaku adil terutama  kepada ahli-ahli parti yang sudah lama berjuang, setia  dan dedikasi terhadap kepartian. Maksudnya, jangan dipinggirkan.

Bagi manusia hidup dengan "dua alam" ini,  tidak patut  diberi peluang kerana mereka ini   tidak mempunyai pendirian serta semangat  memperjuangkan bangsa, agama dan negara.

Mengikut hasil kajian, gerombolan ini mempunyai emosinya yang tidak menentu, sering terganggu dan dibuai mimpi.

Jadi, kepada sesiapa yang sudah insaf atas kecendurungan menyokong kepartian
 " tin kosong " eloklah berhijrah sekarang sebelum PRU 13 diumumkan.



TENGKU MAN
Pandan Indah, KL