Tuesday, February 26, 2013

TUGAS ULAMAK MENASIHATI BUKAN MEMIHAK ATAU MENGHINA SEBELAH PIHAK.

Pelik tapi benar. Sepanjang saya menimba ilmu, saya dinasihati sekiranya ada perbalahan dengan sesiapa sahaja pergi lah meminta nasihat dengan orang berilmu, matang dan banyak pengalaman.

Jika dipejabat, kita berjumpa pakar-pakar yang boleh membantu kita untuk meneruskan tugas yang diberi kepada kita.

Jika hal pengajian, kita jumpa profesor-profesor dalam bidang yang mereka banyak ilmuan dan kepakaran.

Begitu jugalah dalam bidang agama dan rumahtangga, kita jumpa ulamak untuk mendapat nasihat bagi menyelesaikan masalah kita.

Tapi sejak kebelangkaan ini, ulamak tidak menjalankan tugas sebagai penasihat. Iaitu menasihati kedua-dua pihak yang berbalah. Malah lebih suka menyebelah pihak yang selari dengan fahamannya.

Jadi, saya syorkan ulamak kenalah pilih pendirian samada mahu memihak atau menasihati sesaorang yang datang meminta bantuan.

Jika ia memilih mahu  memihak, maka bukanlah mereka  taraf  ulamak apatah lagi menghina dan mencerca sesaorang. Bertambah buruk jika dia celaru fikiran (cognitive disorder) disebabkan tekanan, makan ubat berlehihan dan sebagainya. Sepatutnya, mereka  berhati mulia, cekal, jernih air muka, tabah hati  selari dengan  taraf sebagai ulamak.





TENGKU MAN
Pandan Indah, KL