Saya amat teruja apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin mengumumkan pelajar miskin yang berpendapatan 40 peratus
terendah berpeluang melanjut pelajaran ke IPTA dan politeknik.
Ini
bermakna, tidak semestinya prinsip meritokrasi boleh menjamin
keharmonian penduduk negara yang berbeda taraf kehidupan dan memenuhi
kehendak industri.
Dari pengamatan saya, kriteria peribadi
(personality) sesaorang individu perlu dijadikan teras pemilihan
kemasukkan pelajar selain dari keputusan peperiksaan.
Suasana kehidupan keluarga mereka yang miskin boleh
membentuk keperibadian positif sesaorang kanak-kanak.
Contohnya,
apabila kehidupan harian mereka dalam keadaan daif, kehilangan ibubapa
dan sebagainya, secara lazimnya mereka ini akan memberanikan diri
membuat keputusan untuk "survive" diperingkat kanak-kanak lagi.
Oleh
itu, terbentuklah keperibadian yang positif kerana mereka didedahkan
dengan cabaran dan belajar membuat keputusan sendiri.
Pembentukkan
keperibadian yang positif ini sebenarnya boleh juga diperhatikan dalam
aktiviti-aktivi kokurikulum sekolah sekiranya ada ada pasukan khas
memandu inisiatif ini dengan lebih berkesan berbanding pendekatan
sekarang hanya "menghiasi" inspirasi Kementerian tanpa memahami
"spirit" kokurikulum itu sendiri.
Keperibadian inilah yang perlu
di cungkil pada setiap pemohon tanpa mengira keputusan peperiksaan yang
terbaik kerana ciri-ciri ini amat penting semasa mereka belajar di
institut pengajian
tinggi dan organisasi dimana mereka akan berhadapan dengan cabaran dan
membuat keputusan.
Kini, organisasi yang berwibawa memerlukan
pekerja yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan, bersedia menerima cabaran
serta mempunyai sifat "ownership" dan sebagainya.
Oleh itu, pihak
universiti atau kolej tidak perlu risau dengan kelayakan yang agak
minimal tetapi perlu peka kehendak-kehendak industri pada masa kini.
TENGKU MAN
Pandan Indah, KL