Sunday, September 30, 2012

SYOR SEKAT DANA DARI LUAR YANG MERAGUKAN

Saudara Pengarang,

Sejak pertambahan  kerusi Pakatan Rakyat (PR) di peringkat parlimen dan negeri, ada individu rakyat Malaysia semakin berani mendapatkan bantuan dana dari  luar  negara secara tidak jujur cuba mengkhianati negara sendiri.

Penyalahan dana dari luar ini boleh mengancam keselamatan negara serta menganggu keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia ini. Oleh itu, saya syorkan segala bentuk dana yang di alirkan ke individu dan syarikatdi Malaysia perlu disekat sementara untuk mengetahui transaksi yang sah serta mengikut peraturan tempatan seperti Bank Negara Malaysia.

Sekatan sebegini bukan perkara asing di dunia ini kerana pihak negara besar dunia pernah menyekat aliran wang dari dunia Arab ke Malaysia kerana kononnya di syaki bantuan untuk penganas.

Puak ini mengunakan bank yang dikuasai mereka mencari punca dari mana bayaran atau wang itu dimasukkan dan akan disekat sekiranya wang tersebut dari negara-negara dibawah sekatan kuasa besar tersebut. Maka dengan itu, pihak pengeksport seperti Malaysia tidak dapat menerima bayaran pembeli dari negara Arab di bawah sekatan mereka..

Sekatan aliran wang yang dilakukan oleh huasa-kuasa besar bukan berbentuk dana atau hadiah  tetapi adalah hasil bayaran produk yang sah yang kita ekport ke negara negara Arab.

Begitu lah biadap kuasa-kuasa besar cuba  menjahanamkan barisan perikatan  negara Islam. Jadi, persoalannya kenapa kita tidak boleh melakukannya dengan menyekat aliran wang yang diragui  ke Malaysia.