Itulah tajuk yang didendangkan oleh Harakah daily.net mengenai Forum TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement) yang akan dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Badan Bertindak Bantah TPPA yang dicadangkan pada 10 Oktober 2013 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.
Dari pengamatan saya, apa "standard" Anwar untuk berhujah mengenai TPPA? Semasa memegang jawatan kedua tertinggi dan Menteri Kewangan dulu ternyata "competency" atau kewibawaan Anwar boleh diukur dengan jangkauan tapak tangan sahaja. Saya tidak nampak beliau menyerlah dalam tempoh memegang porfolio Menteri Kewangan apatah lagi dengan kelulusan akademik yang tidak secucuk dan pengetahuan yang tidak "international".
Jadi, ada eloknya badan-badan yang hendak menjadi hero ini memilih sesaorang yang setanding dengan Dr M untuk berhujah dan memberi nilai tambah kepada pendengar. Saya syorkan carilah ahli panel dari PKR atau PAS yang berkebolehan untuk berhujah secara profesional dan dihormati oleh pendengar. Jika tak ada, duduk diam-diam saja lah.
Umum mengetahui bahawa Dr M sudah berundur dari memegang jawatan berpengaruh dalam politik, maka sebaik baiknya "sekutu" beliau adalah ahli panel yang terdiri dikalangan bukan ahli politik yang berwibawa berbicara berkenaan TPPA.
Dalam hal TPPA, kita tidak boleh berhujah dengan cerita dongeng politik. Ia perlu ada "substance dan material" untuk menyakinkan rakyat dengan keupayaan kepimpinan. Maksudnya kita bukan mencarI penglipor lara moden untuk menambat hati pendengar sahaja. Begitu juga dikhuatirkan penonton bukan saja disajikan penglipor lara malah penonton mungkin teruja merenuh wajah baru Anwar yang dikatakan mempunyai wajah baru. Jika ini berlaku sudah tentu matlamat asal dialog ini tidak akan tercapai.
Sunday, October 6, 2013
FORUM TPPA: ANWAR SETUJU, DR M BELUM JAWAB
Wednesday, September 18, 2013
FILEM PATRIOTIK " TANDA PUTERA" : GENERASI MUDA TERUJA MENONTON FAKTA DAN SEJARAH
Sejak filem Tanda
Putera di tayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, sudah
kedengaran golongan muda Melayu memperkatakan tentang kehebatan dan
semangat kebangsaan didalam filem tersebut. Ramai diantara mereka
mengesyorkan saya menonton filem tersebut kerana jalan cerita dan mesej
yang cuba diketengahkan mencuit perasan mereka sebagai rakyat Malaysia yang cinta keamanan.
Apa yang dapat saya
kongsi bersama mereka ialah sebahagian penceritaan serta paparan dalam
filem tersebut adalah juga pengalaman saya lihat dan alami semasa
rusuhan kaum pada sekitar 13 Mei 1969. Oleh itu, tidak asing bagi saya
peristiwa berdarah itu amat membangkitkan dendam saya apabila sebahagian kaum
saya di bunuh dengan kejam oleh golongan durjana yang sedang merayakan
kemenangan pilihanraya pada ketika itu.
Malangnya, ada pihak
pada waktu itu cuba memadamkan peristiwa tersebut dalam sejarah bagi
menjaga perasaan generasi akan datang sehinggalah pada waktu ini.
Apabila peristiwa tersebut tidak dijadikan satu pengajaran maka generasi
muda kini tidak mempunyai asas untuk mempertahankan keamanan dan
keharmonian sesama kaum.
Bagi pendapat saya,
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah satu fakta yang tidak boleh diubah
dan peristiwa ini perlu disampaikan kepada semua kaum di setiap
generasi dengan pendekatan dan penyampaian yang proaktif.
Dalam masa yang sama,
setiap bangsa Melayu perlu mempertahankan setiap titisan darah orang Melayu bagi menjaga maruah bangsa
dan agama sendiri sambil mengurus kaum lain berkongsi ekonomi negara.
Thursday, August 29, 2013
HUKUM INDIVIDU YANG PROVOKASI AGAMA
Kes cubaan menghina agama Islam serta mencabar kesabaran umat Islam
semakin bertali arus jika dibandingkan provokasi agama-agama lain di
Malaysia.
Saya berpendapat sudah sampai satu peringkat dimana negara ini perlu tegas membuat akta pencegahan seperti waktu darurat menentang komunis dan peristiwa 13 Mei 1969 yang lalu. Jika waktu perang dizaman dahulu, pencuri makanan boleh dihukum bunuh sebagai satu isyarat pencegahan kebuluran rakyat lain.
Manusia yang tidak pernah melalui peristiwa hitam tidak akan mengerti keperitan peristiwa berdarah selagi mereka tidak diperingatkan dengan hukuman tanpa bicara.
Hukuman tanpa bicara ini amat sesuai dengan manusia yang tiada sifat sivil dalam penghidupannya. Oleh itu, wajarlah wajah-wajah ini dihukum secara tidak adil oleh manusia bersifat sivil.
Mencari pembuktian mengikut undang-undang sekarang sudah tidak relevan pada situasi terkini. Konsep tidak bersalah selagi tidak dibicarakan dan diputuskan tidak menampakkan penurunan kes jenayah.
Malah pembebasan "penjenayah" yang kekurangan bukti baru-baru ini menunjukkan peningkatan kes bunuh secara bebas.
Pendesak yang mahu pihak berkuasa membebaskan mereka serta menjuarai "penjenayah" ini hari ini terus membisu sembunyi tangan.
"Penjenayah" semakin rangkus mencari dan membalas dendam kepada mereka yang menyebelahi pihak memberi maklumat.
Jadi, apa kesudahannya jika tiada hukuman dibuat dengan serta merta? Adakah kita mahu menyalahkan pihak polis setiap perlakuan jenayah dan provokasi agama meningkat?
Bagi menyaksikan kadar provokasi dan jenayah berkurangan adalah disyorkan "penghapusan" dibuat dengan mengunakan perundangan primitif.

SEMAKIN SUKAR MEMPERTAHANKAN SEMANGAT PATROTIK
Saudara Pengarang,
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang lahir pada tahun Merdeka, agak terkilan di saat-saat meniti saki baki kehidupan, semangat patrotik sayangkan negara dikalangan rakyat Malaysia masa kini semakin pudar.
Adakah kelesuan ini satu strategi kaum yang membenci Islam dan ingin meyaksikan semangat orang Melayu dan Islam menjadi lemah di tanah air sendiri?
Itulah yang saya rasai keberangkalian semangat kebangsaan akan lenyap untuk selama-lamanya.
Maka dengan itu, bermulalah penghijrahan orang asing yang dipolopori oleh rakyat pendatang dinegara ini menguasai corak pemerintahan, ekonomi dan sosial dinegara kita.
Saya belum nampak pendekatan terbaik dan praktikal jangka panjang dari mana-mana pihak samada agensi kerajaan atau NGO melahirkan generasi yang secara sukarela sanggup mempertahankan negara, bangsa dan agama rasmi Islam.
Barangkali, 20 puluh tahun mendatang bumi Malaysia ini akan dibanjiri manusia yang tiada identiti dan hidup dalam alam kebebasan dimana majoritinya mengamalkan hidup bebas.
Semoga coretan ini menjadi permulaan untuk orang Islam di Malaysia mempastikan pemerintahan negara tercinta ini dipacu oleh orang Islam yang rasional dan berdidikasi.

Monday, August 12, 2013
PERLANTIKKAN PENDAKWARAYA: KECELARUAN FIKIRAN MENGHANTUI PEMBANGKANG
Saya amat tertarik
mengikuti proses perlantikkan pendakwa raya dalam kes rayuan pendakwaan
kes liwat baru-baru ini. Saya melihat dari perspektif tingkah laku
manusia yang mempunyai pelbagai imaginasi.
Apabila sesaorang
manusia itu melakukan imaginasi melampau maka terbitlah khayalan buruk
yang tidak memihak kepadanya. Maka dirumuskan sesuatu tindakkan oleh
pihak lain itu "bias" dan meragukan. Ini adalah mainan persepsi yang ada
dalam setiap manusia.
Bagi saya, perlakuan
ini sengaja diransang dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan pembelaan
walaupun mereka tahu dalam profesion sebagai peguam, mereka perlu
bersikap professional dan beretika.
Dengan hanya
meletakkan nilai intergriti dalam diri sendiri sahaja membolehkan
sesaorang itu bersikap profesional dan menterjemahkannya sebagai peguam
yang berwibawa.
Oleh itu, apa jua perlantikkan yang telah diputuskan oleh sebuah badan yang dihormati (bukan keputusan individu), sesaorang itu tersebut
tidak perlu melatah. Biarkan proses rayuan itu diteruskan dan kita
lihat bagaimana hujah dan fakta dapat membuktikan bahawa perlantikkan
sesaorang pendakwa raya atau pun peguam cara dibuat untuk mencari
keadilan sebagai tunjang prinsip yang didokongi.
TENGKU MAN
Pandan Indah, Kuala Lumpur
Minta komuter Sungai Gadut-KL Sentral tak banyak berhenti
TENGKU MAN
Senawang, Negeri Sembilan.
Senawang, Negeri Sembilan.
Perjalanan saya antara Sungai Gadut-KL Sentral mengambil masa satu setengah jam. Tempoh masa tersebut tidak termasuk perjalanan sehingga ke pejabat saya di KLCC dengan perkhidmatan LRT yang pada keseluruhannya mengambil masa dua jam.
Adalah besar harapan saya dan juga barangkali pengguna lain sekiranya pihak KTM memendekkan tempoh perjalanan dengan memperkenalkan perkhidmatan komuter berhenti hanya di stesen-stesen yang terpilih dan beroperasi di waktu tertentu sahaja.
Pada masa ini, komuter tersebut berhenti di setiap stesen antara Sungai Gadut dengan KL Sentral. Ini melambatkan perjalanan bagi pengguna yang naik dari stesen terawal.
Saya percaya pihak KTM mempunyai perancangan perkhidmatan yang lebih efisen dan efektif apabila projek landasan berkembar Sungai Gadut-Gemas siap seperti memperkenalkan perkhidmatan ETS KL Sentral-Gemas.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah perkhidmatan yang praktikal untuk memenuhi pola penggunaan perkhidmatan komuter masa kini dari Seremban.
Dengan perhkidmatan awam yang berdaya maju, saya percaya lebih ramai warga kota akan memilih untuk tinggal di luar Kuala Lumpur terutama di sebelah selatan tanah air.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Forum/20130812/fo_03/Minta-komuter-Sungai-Gadut-KL-Sentral-tak-banyak-berhenti#ixzz2bldcRMaF
© Utusan Melayu (M) Bhd
SYOR KOMUTER "SEMI EXPRESS" ANTARA SG GADUT-KL SENTRAL-SG GADUT
Saya adalah pelanggan tetap
perkhidmatan komuter Sg Gadut - KL Sentral setiap hari kerja. Perjalanan
saya antara Sg Gadut - KL Sentral mengambil masa satu setengah jam.
Tempoh masa tersebut tidak termasuk perjalanan sehingga kepejabat saya
di KLCC dengan perkhidmatan LRT yang pada keseluruhannya mengambil masa 2
jam.
Adalah besar harapan saya dan
juga barangkali pengguna lain sekiranya pihak KTM memendikkan
tempoh perjalanan dengan memperkenalkan perkhidmatan komuter berhenti
hanya di stesen-stesen yang terpilih dan beroperasi diwaktu tertentu
sahaja. Pada masa ini, komuter tersebut berhenti disetiap stesen antara
Sg Gadut dengan KL Sentral dan ini melambatkan perjalanan bagi pengguna
yang naik dari stesen terawal.
Saya percaya pihak KTM
mempunyai perancangan perkhidmatan yang lebih efisen dan efektif
apabila projek landasan berkembar Sg Gadut - Gemas siap seperti
memperkenalkan perkhidmatan ETS KL Sentral-Gemas, dan apa yang ingin
saya sampaikan disini ialah perkhidmatan yang praktikal untuk memenuhi
pola penggunaan perkhidmatan komuter masa kini dari Seremban.
Dengan perhkidmatan awam yang
berdaya maju, saya percaya lebih ramai warga kota akan memilih untuk
tinggal di luar Kuala Lumpur terutama di sebelah selatan tanah air.
TENGKU MAN
Taman Tuanku Jaafar, Senawang.
Subscribe to:
Posts (Atom)