Kes cubaan menghina agama Islam serta mencabar kesabaran umat Islam
semakin bertali arus jika dibandingkan provokasi agama-agama lain di
Malaysia.
Saya berpendapat sudah sampai satu peringkat dimana
negara ini perlu tegas membuat akta pencegahan seperti waktu darurat
menentang komunis dan peristiwa 13 Mei 1969 yang lalu. Jika waktu perang
dizaman dahulu, pencuri makanan boleh dihukum bunuh sebagai satu
isyarat pencegahan kebuluran rakyat lain.
Manusia yang tidak
pernah melalui peristiwa hitam tidak akan mengerti keperitan peristiwa
berdarah selagi mereka tidak diperingatkan dengan hukuman tanpa bicara.
Hukuman
tanpa bicara ini amat sesuai dengan manusia yang tiada sifat sivil
dalam penghidupannya. Oleh itu, wajarlah wajah-wajah ini dihukum secara
tidak adil oleh manusia bersifat sivil.
Mencari pembuktian
mengikut undang-undang sekarang sudah tidak relevan pada situasi
terkini. Konsep tidak bersalah selagi tidak dibicarakan dan diputuskan
tidak menampakkan penurunan kes jenayah.
Malah pembebasan "penjenayah" yang kekurangan bukti baru-baru ini menunjukkan peningkatan kes bunuh secara bebas.
Pendesak yang mahu pihak berkuasa membebaskan mereka serta menjuarai "penjenayah" ini hari ini terus membisu sembunyi tangan.
"Penjenayah" semakin rangkus mencari dan membalas dendam kepada mereka yang menyebelahi pihak memberi maklumat.
Jadi,
apa kesudahannya jika tiada hukuman dibuat dengan serta merta? Adakah
kita mahu menyalahkan pihak polis setiap perlakuan jenayah dan provokasi
agama meningkat?
Bagi menyaksikan kadar provokasi dan jenayah
berkurangan adalah disyorkan "penghapusan" dibuat dengan mengunakan
perundangan primitif.
Thursday, August 29, 2013
SEMAKIN SUKAR MEMPERTAHANKAN SEMANGAT PATROTIK
Saudara Pengarang,
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang lahir pada tahun Merdeka, agak terkilan di saat-saat meniti saki baki kehidupan, semangat patrotik sayangkan negara dikalangan rakyat Malaysia masa kini semakin pudar.
Adakah kelesuan ini satu strategi kaum yang membenci Islam dan ingin meyaksikan semangat orang Melayu dan Islam menjadi lemah di tanah air sendiri?
Itulah yang saya rasai keberangkalian semangat kebangsaan akan lenyap untuk selama-lamanya.
Maka dengan itu, bermulalah penghijrahan orang asing yang dipolopori oleh rakyat pendatang dinegara ini menguasai corak pemerintahan, ekonomi dan sosial dinegara kita.
Saya belum nampak pendekatan terbaik dan praktikal jangka panjang dari mana-mana pihak samada agensi kerajaan atau NGO melahirkan generasi yang secara sukarela sanggup mempertahankan negara, bangsa dan agama rasmi Islam.
Barangkali, 20 puluh tahun mendatang bumi Malaysia ini akan dibanjiri manusia yang tiada identiti dan hidup dalam alam kebebasan dimana majoritinya mengamalkan hidup bebas.
Semoga coretan ini menjadi permulaan untuk orang Islam di Malaysia mempastikan pemerintahan negara tercinta ini dipacu oleh orang Islam yang rasional dan berdidikasi.

Monday, August 12, 2013
PERLANTIKKAN PENDAKWARAYA: KECELARUAN FIKIRAN MENGHANTUI PEMBANGKANG
Saya amat tertarik
mengikuti proses perlantikkan pendakwa raya dalam kes rayuan pendakwaan
kes liwat baru-baru ini. Saya melihat dari perspektif tingkah laku
manusia yang mempunyai pelbagai imaginasi.
Apabila sesaorang
manusia itu melakukan imaginasi melampau maka terbitlah khayalan buruk
yang tidak memihak kepadanya. Maka dirumuskan sesuatu tindakkan oleh
pihak lain itu "bias" dan meragukan. Ini adalah mainan persepsi yang ada
dalam setiap manusia.
Bagi saya, perlakuan
ini sengaja diransang dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan pembelaan
walaupun mereka tahu dalam profesion sebagai peguam, mereka perlu
bersikap professional dan beretika.
Dengan hanya
meletakkan nilai intergriti dalam diri sendiri sahaja membolehkan
sesaorang itu bersikap profesional dan menterjemahkannya sebagai peguam
yang berwibawa.
Oleh itu, apa jua perlantikkan yang telah diputuskan oleh sebuah badan yang dihormati (bukan keputusan individu), sesaorang itu tersebut
tidak perlu melatah. Biarkan proses rayuan itu diteruskan dan kita
lihat bagaimana hujah dan fakta dapat membuktikan bahawa perlantikkan
sesaorang pendakwa raya atau pun peguam cara dibuat untuk mencari
keadilan sebagai tunjang prinsip yang didokongi.
TENGKU MAN
Pandan Indah, Kuala Lumpur
Minta komuter Sungai Gadut-KL Sentral tak banyak berhenti
TENGKU MAN
Senawang, Negeri Sembilan.
Senawang, Negeri Sembilan.
Perjalanan saya antara Sungai Gadut-KL Sentral mengambil masa satu setengah jam. Tempoh masa tersebut tidak termasuk perjalanan sehingga ke pejabat saya di KLCC dengan perkhidmatan LRT yang pada keseluruhannya mengambil masa dua jam.
Adalah besar harapan saya dan juga barangkali pengguna lain sekiranya pihak KTM memendekkan tempoh perjalanan dengan memperkenalkan perkhidmatan komuter berhenti hanya di stesen-stesen yang terpilih dan beroperasi di waktu tertentu sahaja.
Pada masa ini, komuter tersebut berhenti di setiap stesen antara Sungai Gadut dengan KL Sentral. Ini melambatkan perjalanan bagi pengguna yang naik dari stesen terawal.
Saya percaya pihak KTM mempunyai perancangan perkhidmatan yang lebih efisen dan efektif apabila projek landasan berkembar Sungai Gadut-Gemas siap seperti memperkenalkan perkhidmatan ETS KL Sentral-Gemas.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah perkhidmatan yang praktikal untuk memenuhi pola penggunaan perkhidmatan komuter masa kini dari Seremban.
Dengan perhkidmatan awam yang berdaya maju, saya percaya lebih ramai warga kota akan memilih untuk tinggal di luar Kuala Lumpur terutama di sebelah selatan tanah air.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Forum/20130812/fo_03/Minta-komuter-Sungai-Gadut-KL-Sentral-tak-banyak-berhenti#ixzz2bldcRMaF
© Utusan Melayu (M) Bhd
SYOR KOMUTER "SEMI EXPRESS" ANTARA SG GADUT-KL SENTRAL-SG GADUT
Saya adalah pelanggan tetap
perkhidmatan komuter Sg Gadut - KL Sentral setiap hari kerja. Perjalanan
saya antara Sg Gadut - KL Sentral mengambil masa satu setengah jam.
Tempoh masa tersebut tidak termasuk perjalanan sehingga kepejabat saya
di KLCC dengan perkhidmatan LRT yang pada keseluruhannya mengambil masa 2
jam.
Adalah besar harapan saya dan
juga barangkali pengguna lain sekiranya pihak KTM memendikkan
tempoh perjalanan dengan memperkenalkan perkhidmatan komuter berhenti
hanya di stesen-stesen yang terpilih dan beroperasi diwaktu tertentu
sahaja. Pada masa ini, komuter tersebut berhenti disetiap stesen antara
Sg Gadut dengan KL Sentral dan ini melambatkan perjalanan bagi pengguna
yang naik dari stesen terawal.
Saya percaya pihak KTM
mempunyai perancangan perkhidmatan yang lebih efisen dan efektif
apabila projek landasan berkembar Sg Gadut - Gemas siap seperti
memperkenalkan perkhidmatan ETS KL Sentral-Gemas, dan apa yang ingin
saya sampaikan disini ialah perkhidmatan yang praktikal untuk memenuhi
pola penggunaan perkhidmatan komuter masa kini dari Seremban.
Dengan perhkidmatan awam yang
berdaya maju, saya percaya lebih ramai warga kota akan memilih untuk
tinggal di luar Kuala Lumpur terutama di sebelah selatan tanah air.
TENGKU MAN
Taman Tuanku Jaafar, Senawang.
Saturday, June 29, 2013
PERUNTUKAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU BUMIPUTRA ISLAM ADALAH PAKSI MEMAKMURKAN NILAI HIDUP DAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA
Saudara Pengarang,
Rata-rata komunitinya adalah golongan kaya, pedagang, pakar perunding asing dan sebagainya. Maksudnya, kawasan tersebut "diperintah" oleh golongan kaya dan elit sahaja.
Berdasar dengan scenario di atas, terpanggil untuk saya memikirkan apa yang akan terjadi kepada masyarakat Melayu Bumiputra Islam sekiranya ada kawasan di Malaysia boleh dibeli dan dihadkan kepada golongan kaya sahaja. Bagaimana untuk masyarakat Melayu Bumiputra Islam untuk ke pantai samada beriadah dan menangkap ikan setelah pantai dimiliki oleh perseorangan atau syarikat?
Kebanyakan syarikat berlandasan Islam dan masyarakat Melayu Bumiputra Islam pula tidak mampu memiliki sebuah kawasan teluk (bay) yang luas kerana pencarian harta mereka lebih berteraskan halal berbanding dengan bukan Islam.
Walaupun di Malaysia ada peruntukan undang-undang menyebut kawasan pantai tidak boleh dimiliki oleh individu atau organisasi, saya percaya lambat laun atau terkini ada kawasan pantai sudah tidak dibenarkan masuk kepada orang awam.
Oleh itu, hak keistimewaan orang Melayu Bumiputra Islam perlu dijaga dan tidak sesekali di kurangkan demi memenuhi kehendak golongan yang kaya walaupun kononnya mereka mendakwa bahawa kemajuan ekonomi negara disumbang oleh aktiviti mereka.
Cukup lah apa yang dinikmati serta peluang yang diberi di negara bertuah ini telah banyak memakmurkan diri mereka berbanding dengan masyarakat Melayu Bumiputra Islam lebih mempertahankan nilai etika, budaya dan agama Islam itu sendiri walaupun satu hari nanti akan "memakan diri sendiri" jika keistimewaan terlucut.
Saturday, June 1, 2013
SYOR LOKASI PERANGKAP LAJU DILEBUHRAYA PLUS LEBIH RASIONAL
Saudara Pengarang.
Setiap hari kerja saya melalui Lebuhraya Plus dari arah Senawang ke Kuala Lumpur. Setibanya kawasan kawalan AES berhampiran persimpangan Kajang, kebiasaannya kenderaan akan "menghormati AES" dengan memperlahankan kenderaan mengikut hadlaju yang ditetapkan.
Kebiasannya, selepas lokasi tersebut, ada kenderaan akan bergerak melebihi had laju 90KM/J iaitu dalam sekitar 100-110KM/J kerana pertambahan kenderaan keluar dari perbagai persimpangan.
Apa yang menarik, pihak polis trafik lebih suka memilih kawasan selepas sistem AES kerana beranggapan tabiat pemandu akan memecut selepas perangkap AES. Bagi pendapat saya, laluan selepas perangkap AES diantara persimpangan Kajang ke Tol Sg Besi tidaklah memerlukan pendekatan "memerangkap" pemandu kerana laluan tersebut agak sukar memecut melebihi 110KM/J yang boleh membahayakan keselamatan orang lain.
Saya lebih bersetuju jika polis trafik membuat perangkap laju sebelum sistem AES kerana dilaluan sebelum sistem AES dari arah Seremban kebiasaannya pemandu memecut sehingga 180KM. Bagi saya, tahap kelajuan tinggi sebegini amat bahaya dan perlu di didik dengan hukuman berbanding kelajuan sekitar 100-110 KM/J dikawasan antara persimpangan Kajang ke tol Sg Besi.
Oleh itu, diharap ketua tarfik yang membuat perancangan perlu membuat pendekatan baru yang lebih rasional dalam melaksanakan undang-undang.Dengan pendekatan sebegini, kelihatan ketua-ketua unit lebih bersikap matang dan berhemah semasa menjalankan tugas.
TENGKU MAN
Pandan Indah

Subscribe to:
Posts (Atom)