SAYA dengan segala hormatnya merujuk kepada surat pembaca disiarkan
dalam ruangan Forum akhbar ini terbitan bertarikh 2 Disember 2013,
bertajuk Buletin Mutiara: Bahasa Kebangsaan dipinggirkan?
Apa yang dinyatakan adalah tidak benar kerana Buletin Mutiara
mempunyai keluaran khas berasingan. Dalam bahasa Malaysia sahaja setebal
28 muka surat tanpa digabung bersama dengan penerbitan bahasa-bahasa
lain.
Penulis yang memperkenalkan diri sebagai 'Tengku Man' tidak menyatakan lokasi naskhah Buletin Mutiara diperolehnya.
Menerusi surat Tengku Man, adalah dimaklumkan bahawa naskhah yang diperoleh beliau Buletin Mutiara
versi campuran yang mana isi kandungannya adalah laporan penulisan
dalam bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan jumlah
keseluruhan 22 muka.
Dua muka surat bahasa Malaysia yang dinyatakan adalah muka surat info
(muka surat tengah) yang membekalkan maklumat-maklumat Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN), Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT),
senarai telefon kecemasan untuk rujukan umum dan program-program
pelancongan semasa.
Friday, July 25, 2014
RON95: Orang kaya juga bayar cukai
SEJAK kebelakangan ini semacam banyak cakap-cakap dari pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) ingin menjadi juara mahu menyekat penggunaan RON95
kepada pengguna-pengguna berada/mewah dengan tidak memberi harga subsidi
semasa pembelian RON95. Mereka berpendapat pembelian RON 95 bersubsidi
kepada pemilik "kenderaan mewah" perlu di sekat atau diminta membayar
tanpa harga subsidi.
Ingin saya bertanya kepada para "juara kampung" ini adakah mereka pembayar cukai yang tertinggi serta penyumbang cukai pendapatan untuk negara?
Apa salahnya pengguna yang dikategorikan orang berada ini menikmati sedikit subsidi bersifat "rebat" dari sumbangan mereka sebagai pembayar cukai terbesar yang menjadi tunjang penggerak ekonomi negara?
Jika melihat dari perspektif warga negara yang rajin atau berada ini, warga yang tidak menyumbang dari segi cukai pendapatan atau tenaga untuk menggerakkan ekonomi negara sepatutnya tidak layak menerima rebat (subsidi) kerana mereka tidak memberi apa-apa dana atau sumbangan untuk melonjakkan ekonomi negara.
Oleh itu, saya berpendapat mereka ini perlu mencari satu sasaran yang lebih lojik seperti penyekatan pembelian bahan-bahan bersubsidi kepada warga asing yang tidak menyumbang kepada pergerakan ekonomi negara atau mereka ini dinasihati berhenti menjadi juara kampung yang menampakkan keperibadian yang rendah.
TENGKU MAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20140702/fo_04/RON95:-Orang-kaya-juga-bayar-cukai#ixzz38UFikFar
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pasar Ramadan Senawang dan Ampangan perlu transformasi
BARU-BARU ini saya berkesempatan membeli juadah di beberapa pasar
Ramadan di sekitar Senawang dan Ampangan di Negeri Sembilan. Apa yang
saya dapat perhatikan bahawa pasar yang menjual juadah berbuka puasa ini
tidak mengutamakan kebersihan di kawasan persekitaran.
Umpamanya, semasa saya mengunjungi pasar Ramadan Ampangan, saya dapati longkang besar yang memisahkan jalan raya Seremban-Kuala Pilah di sebelah pasar tersebut amat kotor dan menjijikkan.
Begitu juga keadaan khemah yang tidak terurus dan kebersihan dalam pasar tersebut. Saya difahamkan pasar ini terkenal dengan juadah tradisional dalam kalangan penduduk Ampangan dan kawasan yang berhampiran
Di harap pihak peniaga maupun majlis perbandaran di mana jua adanya tapak pasar Ramadan dapat memberi imej pasar ramadan yang bersih dan selesa selari dengan budaya dan amalan kita.
Adalah besar harapan pengunjung pada masa akan datang tapak Pasar Ramadan Ampangan ini akan menjadi satu model yang terbaik kebersihan persekitaran seperti saliran longkang, pejalan kaki serta khemah dapat didirikan dengan lebih teratur untuk menggamit lebih ramai pengunjung.
TENGKU MAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20140725/fo_03/Pasar-Ramadan-Senawang-dan-Ampangan-perlu-transformasi#ixzz38UCcDo00

Sunday, July 6, 2014
SYOR PEMBAYAR CUKAI DIBERI REBET UNTUK PEMBELIAN RON 95
Sejak kebelakangan ini semacam banyak cakap-cakap dari pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) ingin menjadi juara mahu menyekat pengunaan RON 95 kepada
penguna-penguna berada / mewah dengan tidak memberi harga subsidi
semasa pembelian RON 95. Mereka berpendapat bahawa pembelian RON 95
bersubsidi kepada pemilik "kenderaan mewah" perlu di sekat atau di minta
membayar tanpa harga subsidi.
Ingin saya bertanya kepada para "juara kampong" ini adakah mereka pembayar cukai yang tertinggi serta penyumbang cukai pendapatan untuk negara?. Apalah salahnya penguna yang dikategorikan orang berada ini menikmati sedikit subsidi bersifat "rebet" dari sumbangan mereka sebagai pembayar cukai terbesar yang menjadi tunjang pengerak ekonomi negara?
Jika melihat dari perspektif warga negara yang rajin atau berada ini, warga yang tidak menyumbang dari segi cukai pendapatan atau tenaga untuk mengerakkan ekonomi negara sepatutnya tidak layak menerima rebet (subsidi) kerana mereka tidak memberi apa-apa dana atau sumbangan untuk melonjakkan ekonomi negara.
Oleh itu, saya berpendapat mereka ini perlu mencari satu sasaran yang lebih lojik seperti penyekatan pembelian bahan-bahan bersubsidi kepada warga asing yang tidak memyumbang kepada pengerakkan ekonomi negara atau mereka ini dinasihati berhenti menjadi juara kampong yang menampakkan keperibadian yang rendah.

Saturday, March 15, 2014
SYOR PENCARIAN PESAWAT MH370 DIPERLUASKAN KEKAWASAN BANJARAN EVEREST
Dari
pembacaan, pemahaman sumber kitab, artikel serta gerak hati saya,
pencarian pesawat MAS MH370 juga perlu diperluaskan ke kawasan banjaran
Everest kerana kemampuan kapalterbang tersebut boleh sampai dan
mendarat dikawasan bersalji dikaki pergunungan tersebut.
Oleh
itu, diminta kerjasama Kerajaan India
dan Nepal serta negara jiran mereka dapat meronda dikawasan lapang
yang disaluti salji. Semoga telahan diluar kotak pemikiran ini dapat
diterima oleh pasukan pencari serta para pakar kapal terbang untuk di
pertimbangkan sekiranya kebuntuan masih berlarutan.
Sunday, February 2, 2014
SYOR DESAK PEMAJU BUKA LALUAN ALTERNATIF DI TAMAN TUANKU JAAFAR SENAWANG FASA 3
Setiap
pagi waktu sekolah, saya dari penduduk Taman Tuanku Jaafar Fasa 3,
Senawang terpaksa berkongsi jalan untuk keluar ke pejabat bersama
ibubapa yang juga turut menghantar anak-anak mereka kesekolah di fasa
yang sama. Di Taman Tuanku Jaafar Fasa 3 mempunyai dua (2) sekolah
Rendah dan satu (1) sekolah Menengah sedangkan jalan ke sekolah serta
laluan keluar penduduk dan ibubapa yang menghantar anak-anak dari
kawasan perumahan berhampiran mengunakan jalan yang sama.
Lebih
meruncing lagi, pada waktu ini pertambahan unit-unit perumahan baru
yang dalam pembinaan oleh pemaju dikawasan yang sama akan mengundang
kesesakan yang teruk terutama waktu puncak dimasa terdekat.
Oleh
itu, pihak tertentu terutama Majlis Perbandaran Nilai perlu mendesak
pihak pemaju untuk mempercepatkan pembinaan laluan alternatif dan
meletakkan pra-syarat kepada pemaju untuk membina susur keluar
alternatif. Pada
ketika ini hanya satu jalan keluar masuk ke fasa berkenaan.
Dari pengamatan saya, jalan alternatif yang sesuai dan stratejik perlu
di bina adalah berhampiran Stesen komuter Sungai Gadut ke Fasa 3 iaitu
berhampiran sekolah Rendah dimana aliran kenderaan dapat di selaraskan
dengan lebih teratur dan menjimatkan masa penduduk dan ibubapa
murid-murid. Dengan sistem penyeluraian kenderaan yang berkesan, saya
percaya tahap tekanan masa ibubapa yang juga akan kepejabat dapat
diselenggarakan dengan lebih terurus dan berwibawa.
Semoga cadangan ini dapat di ambil kira dalam memberi kelulusan kepada
mana-mana pemaju projek yang seharusnya mempunyai tanggungjawab sosial
kepada masyarakat setempat.
Sunday, October 6, 2013
FORUM TPPA: ANWAR SETUJU, DR M BELUM JAWAB
Itulah tajuk yang didendangkan oleh Harakah daily.net mengenai Forum TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement) yang akan dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Badan Bertindak Bantah TPPA yang dicadangkan pada 10 Oktober 2013 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.
Dari pengamatan saya, apa "standard" Anwar untuk berhujah mengenai TPPA? Semasa memegang jawatan kedua tertinggi dan Menteri Kewangan dulu ternyata "competency" atau kewibawaan Anwar boleh diukur dengan jangkauan tapak tangan sahaja. Saya tidak nampak beliau menyerlah dalam tempoh memegang porfolio Menteri Kewangan apatah lagi dengan kelulusan akademik yang tidak secucuk dan pengetahuan yang tidak "international".
Jadi, ada eloknya badan-badan yang hendak menjadi hero ini memilih sesaorang yang setanding dengan Dr M untuk berhujah dan memberi nilai tambah kepada pendengar. Saya syorkan carilah ahli panel dari PKR atau PAS yang berkebolehan untuk berhujah secara profesional dan dihormati oleh pendengar. Jika tak ada, duduk diam-diam saja lah.
Umum mengetahui bahawa Dr M sudah berundur dari memegang jawatan berpengaruh dalam politik, maka sebaik baiknya "sekutu" beliau adalah ahli panel yang terdiri dikalangan bukan ahli politik yang berwibawa berbicara berkenaan TPPA.
Dalam hal TPPA, kita tidak boleh berhujah dengan cerita dongeng politik. Ia perlu ada "substance dan material" untuk menyakinkan rakyat dengan keupayaan kepimpinan. Maksudnya kita bukan mencarI penglipor lara moden untuk menambat hati pendengar sahaja. Begitu juga dikhuatirkan penonton bukan saja disajikan penglipor lara malah penonton mungkin teruja merenuh wajah baru Anwar yang dikatakan mempunyai wajah baru. Jika ini berlaku sudah tentu matlamat asal dialog ini tidak akan tercapai.
Subscribe to:
Posts (Atom)