SAYA dengan segala hormatnya merujuk kepada surat pembaca disiarkan
dalam ruangan Forum akhbar ini terbitan bertarikh 2 Disember 2013,
bertajuk Buletin Mutiara: Bahasa Kebangsaan dipinggirkan?
Apa yang dinyatakan adalah tidak benar kerana Buletin Mutiara
mempunyai keluaran khas berasingan. Dalam bahasa Malaysia sahaja setebal
28 muka surat tanpa digabung bersama dengan penerbitan bahasa-bahasa
lain.
Penulis yang memperkenalkan diri sebagai 'Tengku Man' tidak menyatakan lokasi naskhah Buletin Mutiara diperolehnya.
Menerusi surat Tengku Man, adalah dimaklumkan bahawa naskhah yang diperoleh beliau Buletin Mutiara
versi campuran yang mana isi kandungannya adalah laporan penulisan
dalam bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan jumlah
keseluruhan 22 muka.
Dua muka surat bahasa Malaysia yang dinyatakan adalah muka surat info
(muka surat tengah) yang membekalkan maklumat-maklumat Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN), Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT),
senarai telefon kecemasan untuk rujukan umum dan program-program
pelancongan semasa.