Tuesday, February 26, 2013

SYOR KEPADA KAKITANGAN LHDN SUPAYA KERJA SEBAGAI SATU PASUKAN.

Pada 26/2/2013, saya berjumpa dengan seorang pegawai LHDN Cawangan Cheras bagi  penyelarasan cukai persaraan setelah menerima surat tunggakan cukai(  bertarikh 15/2/2013)  pada 25/2/2013.

Sebelum itu,  pada bulan Oktober 2012, saya pernah berjumpa dengan seorang lagi pegawai untuk mengetahui cukai yang patut saya bayar sebelum hari  persaraan.

Penyelesaiannya pada hari tersebut, saya diminta mendapatkan resit rasmi bukti potongan / pembayaran dari majikan saya. Resit-resit tersebut telah dihantar kepada LHDN oleh majikan saya.

Sejak hari tersebut sehingga bulan Feb 2013, saya tidak dimaklumkan berapa jumlah yang saya kena bayar setelah mengambil kira gaji yang ditahan oleh majikan saya.

Apa yang memberi kejutan kepada saya setelah 4 bulan berlalu, saya terus  di beri surat amaran menyatakan jumlah tertunggak. Sekiranya tidak dibayar pada atau sebelum 1/3/2013,  saya akan disekat dari keluar negara dibawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Dalam kunjugan saya di LHDN pada 26/2/2013, pegawai yang saya temui tidak tahu  kes terdahulu dan terkini  kerana tidak tercatit dalam fail. Malah beliau mendakwa, apa yang saya sebut bukan terletak dibawah jabatan beliau.

Sebagai orang lama dalam perkidmatan korporat saya amat kecewa kakitangan LHDN seolah-olah tidak berkerja sebagai satu pasukan kerana mereka lebih mementingkan petunjuk aras (KPI) jabatan masing-masing.

Diharap pengurusan atasan perlu melihat budaya ini yang sangat merugikan modal insan pada masa depan. Juga, pengurusan atasan perlu berhati-hati mengunakan  Akta  sebagai amaran keras dalam surat kepada pembayar cukai semata-mata untuk memenuhi KPI kerana ada  maklumat dan data tidak tepat  disebabkan kelalaian petugas LHDN sendiri.



TENGKU MAN
Pandan Indah, KL