SAYA yang masih bercuti di Seoul, Korea Selatan kini terpanggil untuk
berkongsi cara rakyat Korea mempertahan serta menyemarakkan semangat
kenegaraan kepada pelancong luar negara.
Apa yang saya perhatikan, coretan sejarah berbentuk gambar dipaparkan
di dataran terbuka di Seoul untuk dikongsi bersama dengan generasi muda
serta pelancong dari luar negara.
Urutan cerita semasa perang yang diketuai oleh tentera dan orang awam
Korea dipamerkan di dataran terbuka serta dianimasikan dalam bentuk
tayangan 4D kepada pelancong luar negara.
Oleh itu, saya syorkan cebisan sejarah menentang tentera Portugis,
Jepun dan Komunis sehingga kemerdekaan terbentuknya negara Malaysia
perlu dipaparkan di lokasi strategik seperti di Dataran Merdeka Kuala
Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan sebagainya.
Secara tidak langsung pelancong luar negara dan rombongan dari
sekolah serta kolej dapat menatapi sejarah sambil melalui jalan raya
yang menempuhi liku-liku peperangan dan darurat.
Diharap inisiatif ini dapat dipelopori oleh bandar-bandar bertaraf bandar raya di Malaysia.