Tuesday, May 1, 2012

SYOR BUAT AKTA BERAT UNTUK MANUSIA TAK BERTAMADUN


Saudara Pengarang,

Setelah kita merdeka dari penjajah dan ancaman komunis, rata-rata rakyat mahukan akta atau undang-undang  zaman tersebut dikaji semula. 

Berprisipkan manusia bertamadun, kerajaan setiap tahun membuat kajian dan penilaian akta-akta atau undang yang tak relevan untuk kesejahteraan rakyat.

Malangnya, semakin kerap  kajian tersebut di buat serta beberapa akta dan undang-undang dimansuhkan, semakin ramai pula  manusia tidak bertamadun  muncul tanpa menitik beratkan keharmonian, keselamatan dan keselesaan orang lain.

Oleh itu, saya cadangkan satu kajian tentang penguatkuasaan undang-undang perlu dibuat  menjurus kepada  kelompok manusia yang tidak bertamadun yang semakin hari semakin berani mencabar perlembagaan dan undang-undang negara ini.

Saya percaya sebahagian besar rakyat sudah merasa bosan dan kecewa dengan sikap biadap manusia yang tidak bertamadun ini. Setiap hari mereka lebih berani  mencabar perlaksanaan undang-undang negara ini. 

Sekiranya pihak penguatkuasa tidak mengambil tindakan yang berani kepada manusia yang  tak bertamadun ini lebih awal, maka kita sebenarnya mengundang kolompok lagi satu  untuk melakukan kekerasan pula. Sikap  provokasi yang keterlaluan oleh golongan manusia yang tak bertamadun ini boleh  mengundang rusuhan antara kolompok lagi satu yang mendukung perlembagaan negara serta mencintai keamanan  negara.




TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur

AMBIGA "BUNUH" KARIER ANUAR IBRAHIM


Saudara Pengarang,

Setelah memerhatikan strategi antara pemimpin BERSIH dan pemimpin politik pembangkang dalam mecari populariti semasa perhimpunan haram BERSIH pada hari Sabtu lalu, saya lihat  Ambiga lebih "cerdik" mencari ruang-ruang berlandasan undang-undang untuk mengelak disabitkan kesalahan peruntukun undang-undang sedia ada. 

Bagi pemimpin politik pembangkang yang diketuai oleh Anuar Ibrahim dan pengikutnya, menampakkan kecetekan ilmu dalam perundangan bagi mengelak di sabitkan kesalahan.


Tambahan pula,  kenyataan bodoh pemimpin politik pembangkang kepada media seolah-olah  meletakkan kepala mereka dan pengikutnya "sedia untuk dipancung" kerana buta  perundangan.   

Dengan membuat provokasi dan kenyataan menghasut kepada pengikutnya tanpa landasan undang-undang, perbuatan pemimpin ini dan pengikutnya telah "menelanjangkan" tingkah laku serta "niat" melanggar perintah mahkamah, merosakkan harta benda dan mencederakan orang awam serta pihak berkuasa.

Bagi saya, percaturan dalam mencari populariti ini lebih memihak kepada Ambiga sedangkan  pemimpin dan pengikut parti politik pembangkang  sudah pasti akan berhadapan dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Saya sebagai rakyat Malaysia amat kecewa dan merasa tertekan kerana majoriti pelakunya  adalah seagama dan sebangsa yang  sepatutnya mereka inilah benteng untuk melindungi bangsa, agama dan negara saya dimasa kini dan akan datang.

Bayangkan apabila tiba masanya nanti, negara ini akan diuruskan oleh " tangan-tangan luar " dan kita akan merempat selama-lamanya.


TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur

Thursday, April 12, 2012

SYOR PINJAMAN PTPTN UNTUK SATU KELUARGA


Saudara Pengarang,

Sejak kebelakangan ini isu kemudahan pinjaman PTPTN menjadi modal pihak pembangkang yang ingin menjuarai rakyat penghutang segaja ingkar dalam perjanjian pinjaman pendidikan yang dimenterai bersama.

Oleh kerana pinjaman  tidak dapat diperolehi dari penghutang ingkar ini maka bantuan untuk pelajar pelajar akan datang akan terbantut dan berkurangan kerana aliran tunai dana PTPTN semakin pupus. Maka semakin ramai pelajar tidak dapat menyambung pelajaran di peringkat kolej atau universiti.

Bagi berlaku adil kepada keluarga yang akan memohon bantuan dimasa akan datang, saya syorkan tabung pinjaman PTPTN di peruntukan kepada setiap keluarga. Sekiranya, hutang tidak dilunaskan maka secara automatik anak atau keluarga mereka akan datang tidak dapat memohon pinjaman tersebut kerana dana keluarga tidak mencukupi.

Dengan mekanisma ini, saya percaya setiap ahli keluarga akan lebih komitet dalam menguruskan pembayaran balik pinjaman dari menguna atau dipergunakan oleh pihak pembangkang sebagai modal politik.



TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur

Friday, March 30, 2012

SYABAS KTM 'MY KOMUTER"


Saudara Pengarang,

Pada 10 tahun yang lalu iaitu pada Julai 2002 melalui ruang Forum ini, saya pernah mencadangkan  laluan komuter dari Kuala Lumpur ke Seremban disambung ke Sungai Gadut, Senawang. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kesesakan Bandar Seremban pada waktu puncak dimana pada ketika itu pengguna komuter dan warga kerja Seremban tertumpu di aliran jalan yang sama ke stesen Keretaapi Seremban. Kini, sejak tahun lalu, warga di Kuala Pilah, Senawang dan Rembau tidak perlu memasuki Bandar Seremban untuk mendapatkan perkhidmatan komuter ke Kuala Lumpur. Mereka boleh meninggalkan kenderaan di stesen Keretaapi Sungai Gadut, Senawang.

Hari ini saya amat berbangga kerana cadangan saya telah diambil kira dalam pelan KTM dan laluan tersebut telah menjadi realiti. Barangkali pada tahun hadapan,  rakyat yang tinggal disebelah selatan dapat menikmati perjalanan disambung sehingga ke Gemas.

Diharap dengan ketibaan koc komuter yang baru secara berperingkat peringkat akan dapat mempertingkatkan perkhidmatan dengan lebih efisen dan efektif. Di sini, saya mencadangkan satu pengukur aras perlu diwujudkan bagi menampakkan pembaruan imej KTM dikalangan awam dan pengguna. Pengukur aras seperti ketepatan waktu , kemalangan, kelewatan dan sebagainya dapat dipaparkan di setiap stesen bagi memberi keyakinan kepada pengguna perkhidmatan komuter tersebut. Mesin tiket perlu dinaik taraf dan diperbanyakkan. Begitu juga kemudahan asas yang lain serta pengurusan ala ERLKLIA menjadi model KTM.



TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur

SYOR WUJUD SEMANGAT "HANG JEBAT" DIKALANGAN MASYARAKAT MELAYU


Saudara Pengarang,

Dari pengamatan saya, semangat perang saikologi  dikalangan masyarakat keturunan Melayu amat berkurangan dalam situasi mempertahanan hak-hak mereka sebagai individu serta hak yang tertulis dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka seolah-olah hilang punca apabila diasak dengan tuntutan berturutan oleh masyarakat keturunan lain.

Barangkali budaya dan adat resam masyarakat Melayu zaman dahulu menjadi penghalang untuk lebih masyarakat Melayu lebih bersikap berani, vokal dan profesional dalam memberi pendapat semasa mempertahankan isu-isu yang melibatkan bangsa,agama dan negara sendiri.

Oleh itu, masyarakat Melayu generasi kini perlu menjalani proses perubahan secara revolusi bagi meningkatkan kredibiliti kepimpinan serta ilmu mempertahankan diri dikalangan masyarakat Melayu. Kaedah  secara provokasi seperti dalam proses mewujudkan para peguam boleh membantu  ramai dikalangan masyarakat Melayu lebih berani kehadapan dengan mengusulkan tuntutan dan mempertahankan hak-hak mereka mereka berlandasan perundangan dan rasional.

Saya berpendapat, kita perlu membentuk ramai perwatakan Hang Jebat yang berpelajaran dalam menlindungi  hak-hak masyarakat Melayu  di masa kini. Walaupun watak tersebut adalah satu  mitos yang disebut dalam Sejarah Melayu, keperluan perwatakan sebegini amat diperlukan bagi mengimbangi perwatakan yang "keterlaluan" dari  golongan masyarakat lain yang terlalu mendesak.


TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur

Fahami intipati perlembagaan


MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, pelbagai personaliti dan kepartian mempertikaikan kewujudan diskriminasi dalam perlembagaan tanpa ingin mengetahui bagaimana perkara yang berkaitan keistimewaan status bumiputera termaktub di dalamnya.
Jika diimbas semasa pembentukan perlembagaan, banyak faktor tolak ansur ditawarkan kepada penduduk asal dan penduduk pendatang. Contoh yang ketara ialah apabila penduduk asal terutama orang Melayu menerima kedatangan penduduk pendatang menjadi warganegara Malaysia.
Sebagai timbal balas, penduduk pendatang diberi taraf warganegara dan dalam masa yang sama penduduk pendatang menerima peruntukan istimewa, hak penduduk asal seperti orang Melayu.
Inilah semangat dan intipati perlembagaan yang perlu diketahui oleh semua warga Malaysia.
Saya percaya dengan mengambil kira semangat yang sama semasa pembentukan perlembagaan dan penerimaan penduduk pendatang, modal diskriminasi kaum yang sentiasa membakar emosi warganegara tidak menjadi modal politik masa kini dan akan datang.

Thursday, March 1, 2012

SYOR HAPUSKAN PERBEZAAN KOS RAWATAN PAKAR YANG DIRUJUK OLEH KLINIK KERAJAAN DAN KLINIK SWASTA

Saudara Pengarang,

Semasa saya mengunjungi Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru baru ini , saya dimaklumkan bahawa kadar rawatan pakar di hospital tersebut adalah berbeza mengikut status klinik yang di rujuk.

Sekiranya pesakit dirujuk oleh klinik kerajaan, kadar pendaftaran adalah RM5.00 sahaja. Rawatan susulan adalah minimal atau tiada caj langsung terutama kepada pesara.

Walaubagaimanapun, jika pesakit tersebut dirujuk oleh klinik swasta, kadar pendaftaran di HKL adalah RM30.00 dan rawatan susulan akan dikenakan seperti perbelanjaan X-Ray sebanyak RM60.00.

Kebiasaannya, anak dan saudara terdekat akan membawa ibubapa yang uzur ke klinik swasta kerana rawatan di klinik kerajaan agak lama dan memenatkan warga emas. Mereka sanggup membayar lebih bagi mengelakkan keresahan serta waktu menunggu.

Malangnya, apabila dirujuk oleh klinik swasta mereka di kenakan caj rawatan susulan yang tinggi oleh HKL dibandingkan pesakit yang dirujuk oleh klinik kerajaan.

Oleh itu, diharapkan pihak kerajaan dapat menyemak semula caj-caj yang tidak seimbang yang membebankan pesakit terutamanya warga emas ini.


TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur