Saudara Pengarang,
OPERASI bersepadu antara agensi-agensi penguat kuasa adalah salah satu cara terbaik untuk mengatasi persepsi negatif orang awam tentang gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam semasa mereka menjalankan tugas menahan dan memberi kompaun kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.
Tujuannya adalah untuk mengurangkan atau mengelak risiko wujudnya unsur memberi dan menerima rasuah dalam kalangan mereka ketika menjalankan tugasan seperti yang didakwa berlaku jika penguat kuasa bersendirian atau dalam sepasukan agensi yang sama.
Ini melibatkan anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ada menyarankan anggota polis tidak dibenarkan menahan orang awam atau membuat sekatan jalan raya secara bersendirian tanpa pengawasan daripada agensi lain bagi membendung persepsi umum boleh menawarkan rasuah kepada anggotanya.
Beliau menyarankan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain perlu dijadikan asas kepada pendekatan yang positif di mata orang awam untuk menaikkan kembali imej pihak berkuasa.
Ini satu kenyataan yang berani daripada seorang yang dididik menjalankan penguatkuasaan (compliance & enforcement) di mana faktor pengawasan dalaman secara counter-check dipraktikkan supaya tiada seorang pun anggotanya cuba meminta atau ditawarkan sogokan daripada orang awam.
Pada 22 Julai lalu, saya terserempak dengan beberapa orang anggota polis yang membuat sekatan menahan kenderaan seperti motosikal, kereta dan lori di Jalan Tuanku Jaafar Utara menghala ke kawasan perindustrian Senawang, Negeri Sembilan.
Dalam pemerhatian saya, perlakuan antara anggota polis dengan orang awam ketika itu agak mencurigakan dan jika tidak diawasi oleh anggota dari agensi penguatkuasaan lain mungkin berisiko terdedah kepada rasuah.
Kaedah operasi bersendirian yang diwarisi sejak zaman berzaman memerlukan satu penilaian semula yang berani bagi mengurangkan kebimbangan Ketua Polis Negara dalam melaksanakan tugas-tugas kepolisan.
Oleh itu, pihak pengurusan atasan trafik di Seremban mahupun di daerah dan negeri lain perlu memperhalusi kebimbangan tersebut dengan melihat, mengkaji dan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) khususnya aspek sebarang operasi yang berkemungkinan menjejaskan lagi imej penjawat awam.
TENGKU MAN
Senawang, Negeri Sembilan
Thursday, October 12, 2017
Pencarian MH 370
Saudara Pengarang,
Dari
pembacaan, pemahaman sumber kitab, artikel serta gerak hati saya,
pencarian pesawat MAS MH370 juga perlu diperluaskan ke kawasan banjaran
Everest kerana kemampuan kapalterbang tersebut boleh sampai dan
mendarat dikawasan bersalji dikaki pergunungan tersebut.
Oleh
itu, diminta kerjasama Kerajaan India
dan Nepal serta negara jiran mereka dapat meronda dikawasan lapang
yang disaluti salji. Semoga telahan diluar kotak pemikiran ini dapat
diterima oleh pasukan pencari serta para pakar kapal terbang untuk di
pertimbangkan sekiranya kebuntuan masih berlarutan.
SYOR AMAH BEKERJA DENGAN SYARIKAT DIMANA "MAJIKAN" BEKERJA.
Saudara Pengarang,
Cerita mengenai amah nampaknya tiada kesudahan. Diperingkat tertinggi membincangkan dari segi semangat dan kerjasama jangka panjang tetapi sebaliknya diperingkat perlaksanaan tidak pula mengambil kira semangat atau dasar yang telah dipersetujui diperingat tertinggi.
Apa yang ingin saya terokai di sini adalah syor syarikat-syarikat tempatan atau persatuan penduduk mengambil alih pengurusan amah amah dari luar negara sebagai majikan kepada pekerjanya.
Dengan cara ini, amah-amah tersebut akan ditawarkan berkerja dan membuat kerja yang spesifik bagi menepati kemahuan pihak negara pembekal. Contohnya, seorang amah akan menjaga lima anak kecil dan seorang amah lagi memasak. Sekiranya memerlukan lebih banyak aktiviti di rumah pengasuh dan jumlah anak-anak untuk dijaga maka lebih ramai amah diperlukan.
Maknanya, satu amah membuat kerja yang sama tetapi menjaga lima orang anak-anak dan seorang lagi amah membuat kerja memasak sahaja untuk sepuluh orang dan sebagainya. Kaedah ini lebih menjimatkan terutama keluarga yang kurang berkemampuan. Malah menepati apa yang dikehendaki oleh pihak pembekal seperti negara Indonesia. Upah dibayar oleh ibubapa setiap bulan kepada majikan dan majikan akan membayar gaji kepada amah-amah tersebut.
Formula ini barangkali boleh diguna pakai kepada warga emas yang memerlukan tempat dan suasana yang baik dipenghujung usia mereka bagi mengelakkan sindrom kemurungan dan kemuraman. Dengan mewujudkan Pusat Penjagaan Warga Emas yang serba moden dengan dilengkapi dengan surau, pusat kesihatan,chalet untuk keluarga pelawat dan sebagainya , saya percaya "pusat terapi" sebegini dapat diterima oleh keluarga yang mempunyai masaalah penjagaan ibubapa.
Barangkali konsep ini memerlukan pemikiran diluar kotak serta pengorbanan budaya dan amalan bagi mempastikan permasalahan keluarga generasi ke generasi dapat diurus secara profesional dan berhemah samada pewaris maupun warga emas yang mahu me nikmati taraf hidup dan kesihatan yang sihat dan sempurna.
TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur
SYOR KAJI PERLEMBAGAAN FAM YANG TIDAK DEMOKRATIK.
Saudara Pengarang,
Kenyataan media Presiden Bolasepak Negeri Sembilan mengenai proses perjalanan mesyuarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semasa membuat keputusan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia perlu dihalusi dengan membuat perubahan seperti dibawah.
1. Pengerusi mesyuarat perlu mengelak bersifat diktator dan tidak terbawa-bawa dengan latarbelakang sebagai penguatkuasa dan pernah memegang kuasa. Sukan adalah satu hiburan dan bukan mencari keuntungan atau tempat cari makanan atau kemewahan diri sendiri.
2. Ahli Jawatankuasa perlu mewakili beberapa negeri dan bukan di monopoli oleh sesebuah negeri. Dengan cara ini, dapat mengelakkan sikap "bias" secara spontan semasa mesyuarat berlangsung. Mengikut ilmu saikologi, sekiranya perkara atau perlawanan itu tidak memberi impak kepada negerinya, mereka tidak menyuarakan perkara-perkara yang sangsi atau untuk perhatian rakyatnya tetapi barangkali lebih memberi tumpuan bakal kemewahan hasil dari perlawanan itu untuk peribadinya.
Sekiranya, keputusan itu melibatkan rakyat atau penyokong negerinya, mereka akan bersuara dengan pelbagai alasan untuk mengurangkan kos yang ditanggung oleh rakyat dan penyokong yang kononnya rata-rata berpendapatan rendah.
3. Barangkali sudah sampai masanya perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan FAM perlu di kaji semula termasuk pemilihan personaliti bakal ahli jawatankuasa yang lebih tinggi nilai setiakawan, berwibawa, berwawasan serta "zero controversial" yang boleh diterima oleh pelbagai generasi dan peringkat. Disamping perkara-perkara yang tidak demokratik di dalam perlembagaan FAM di kaji dan di hapuskan.
Setiap Jawatankuasa tersebut perlu diadakan penanda aras (KPI) dan akan di bubarkan sekiranya setiap keputusan jawatankuasa ini banyak mengundang kontroversi.
Oleh itu, Jawatankuasa FAM perlu di rombak mewakili pelbagai negeri dan displin supaya ia mencerminkan satu jawatankuasa yang berwibawa dan boleh membuat keputusan yang di terima oleh majoriti peminat-peminat sukan bolasepak.
TENGKU MAN
Pandan Indah, Kuala Lumpur
Kenyataan media Presiden Bolasepak Negeri Sembilan mengenai proses perjalanan mesyuarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semasa membuat keputusan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia perlu dihalusi dengan membuat perubahan seperti dibawah.
1. Pengerusi mesyuarat perlu mengelak bersifat diktator dan tidak terbawa-bawa dengan latarbelakang sebagai penguatkuasa dan pernah memegang kuasa. Sukan adalah satu hiburan dan bukan mencari keuntungan atau tempat cari makanan atau kemewahan diri sendiri.
2. Ahli Jawatankuasa perlu mewakili beberapa negeri dan bukan di monopoli oleh sesebuah negeri. Dengan cara ini, dapat mengelakkan sikap "bias" secara spontan semasa mesyuarat berlangsung. Mengikut ilmu saikologi, sekiranya perkara atau perlawanan itu tidak memberi impak kepada negerinya, mereka tidak menyuarakan perkara-perkara yang sangsi atau untuk perhatian rakyatnya tetapi barangkali lebih memberi tumpuan bakal kemewahan hasil dari perlawanan itu untuk peribadinya.
Sekiranya, keputusan itu melibatkan rakyat atau penyokong negerinya, mereka akan bersuara dengan pelbagai alasan untuk mengurangkan kos yang ditanggung oleh rakyat dan penyokong yang kononnya rata-rata berpendapatan rendah.
3. Barangkali sudah sampai masanya perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan FAM perlu di kaji semula termasuk pemilihan personaliti bakal ahli jawatankuasa yang lebih tinggi nilai setiakawan, berwibawa, berwawasan serta "zero controversial" yang boleh diterima oleh pelbagai generasi dan peringkat. Disamping perkara-perkara yang tidak demokratik di dalam perlembagaan FAM di kaji dan di hapuskan.
Setiap Jawatankuasa tersebut perlu diadakan penanda aras (KPI) dan akan di bubarkan sekiranya setiap keputusan jawatankuasa ini banyak mengundang kontroversi.
Oleh itu, Jawatankuasa FAM perlu di rombak mewakili pelbagai negeri dan displin supaya ia mencerminkan satu jawatankuasa yang berwibawa dan boleh membuat keputusan yang di terima oleh majoriti peminat-peminat sukan bolasepak.
TENGKU MAN
Pandan Indah, Kuala Lumpur
Sunday, November 9, 2014
MINTA PENCAPAIAN OPERASI PENGUATKUASAAN DIKONGSI BERSAMA DENGAN PEMIMPIN DI TAMAN PERUMAHAN
Sejak
kebelakangan ini isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan banyak
dipertikaikan kerana ada keberangkalian pemilihan tempat operasi
bersifat terpilih dari ancaman atau provokasi oleh pihak komuniti yang
melindungi oleh kumpulan atau individu tertentu.
Oleh
itu, kawasan yang tiada ancaman kebiasaan menjadi sasaran berulangkali
operasi penguakuasaan samada operasi pemotongan air dan elektrik bagi
memenuhi Petujuk Pretasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI)
setiap kakitangan terlibat tanpa melihat kesemerataan pola kawasan
dimana penguatkuasaan di buat.
Untuk
membuktikan operasi penguatkuasaan tidak bersifat terpilih, pihak
pengurusan berkuasa tempatan perlu bijak merancang pola taburan
operasi penguatkuasaan yang bersifat adil kepada komuniti atau taman
perumahan yang lain. Ini bermaksud, pihak penguatkuasa tidak memihak dan
berkompromi dengan pihak lain semasa menjalankan tugas.
Ada
suara-suara menyatakan kawasan-kawasan industri atau dimana kelompok
masyarakat yang memihak kepada parti pembangkang atau kawasan yang
majoritinya satu kaum tidak digempur dalam operasi pemotongan bekalan
air, elektrik dan sebagainya.
Bagi
memperbetulkan persepsi ini, disyorkan pihak pengkuatkuasa tempatan
berkongsi maklumat dengan pemimpin komuniti di taman perumahan dibawah
pentadbiran pihak berkuasa bagi membuktikan keadilan menjadi keutamaan.
Masyarakat
kini ingin tahu bahawa tindakan undang-undang dibuat tidak memilih
individu, syarikat, tempat, kaum serta kumpulan pendesak.
Saturday, November 8, 2014
SYOR MEWAJIBKAN PIHAK SEKOLAH KENALI "TEAM BUILDING" SETIAP KEMASUKAN PENGHUNI BARU ASRAMA
Perlakuan
buli di asrama masakini sudah sampai satu peringkat yang kritikal
kerana pihak ibubapa dan masyarakat tidak boleh menerima perlakuan
tersebut sebagai satu bentuk "suai kenal" yang diwarisi turun temurun
kepada penghuni baru asrama.
Bagi
mengatasi gejala ini, pihak sekolah atau jabatan perlu ada satu kaedah
terbaik supaya semangat yang ingin di terapkan dikalangan ahli junior
ia itu "menghormati senior" dapat dijalankan dengan suasana yang lebih
terbuka, beretika dan beradap.
Adalah
baik sekiranya pihak sekolah dan asrama mengadakan satu aktiviti yang
menjurus kepada pembinaan pasukan baru dengan punyai visi berbentuk
ilmiah kepada setiap kemasukan penghuni asrama dengan sedikit
peruntukan dari kementerian. Dengan ini setiap ahli dalam pasukan
tersebut samada ahli baru atau lama dapat saling membantu untuk mencapai
sesuatu visi.
Dalam
aktiviti sebegini, mereka akan sentiasa berkomunikasi dan mengwujudkan
kesefahaman dikalangan mereka. Disamping itu, pihak sekolah dapat
memerhatikan kepimpinan, personaliti serta kekuranagan mereka semasa
aktiviti tersebut berjalan dan memberi ganjaran atau hadiah kepada
pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.
Diharap
dengan kemesraaan terjalin semasa aktiviti ini, penghuni baru dapat
"berlindung" dengan rakan senior yang sentiasa membantu mereka semasa
aktiviti berjalan.Secara tidak langsung, mereka dapat merapatkan jurang
atau "gap" untuk mengenali personaliti masing-masing.
Sunday, November 2, 2014
MINTA SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN (SAINS) GUNA BUDI BICARA SEBELUM BEKALAN AIR DIPOTONG
Baru-baru
ini SAINS menjalankan operasi pemotongan air di kawasan perumahan
Taman Tuanku Jaafar. Apa yang mendukacitakan, notis pemotongan di
sampaikan melalui peti surat yang bertarikh terkebelakang (backdated)
dan melaksanakan pemotongan air pada hari yang sama. Maka dengan itu,
pengguna yang mempunyai tunggakan bil tidak diberi kesempatan
menyimpan sedikit air untuk bersolat, minum dan memasak.
Ada
banyak keberangkalian pihak penguna tidak menjelaskan bil antaranya
kesibukkan tugasan, terkhilaf dan keengganan. Pengunaan air untuk seisi
rumah bukanlah banyak seperti dikawasan kilang yang bermotif keuntungan
tapi hanya sekadar bersolat, mandi, minum dan sebagainya.
Oleh
itu, tunggakan bukanlah sekitar ribuan ringgit yang boleh menjejaskan
aliran tunai operasi SAINS. Keutamaan sepatutnya ditumpukan di kawasan
yang melibatan pengguna berorientasi perniagaan.
Saya
percaya pengguna asas harian telah banyak berteloransi dengan pihak
pembekal air terutama semasa hari-hari penyelengaraan paip dan catuan
air. Oleh itu, apalah salahnya pihak pengurusan SAINS memberi sedikit
masa untuk pengguna rumah menadah air atau memberi sedikit ruang untuk
mereka menjelaskan bil tertunggak.
Sikap
memberi notis bertarikh kebelakang adalah tidak bermoral dan beretika.
Di harap pihak pengurusan SAINS segera menyiasat samada petugas mereka
menyampaikan notis-notis tersebut lebih awal sebelum operasi pemotongan
air dilaksanakan.
Saya
khuatir perbuatan yang tidak beretika boleh disalah tafsirkan oleh
rakyat membenci kerajaan dan memdorong pihak lain mengambil kesempatan.
Saya tidak dapat bayangkan imej SAINS sekiranya ada pihak lain yang
datang membantu membekal air untuk orang Islam mendirikan solat setiap
waktu. Maka dengan itu, pengurusan SAINS perlu sensitif pada setiap
tindakan yang dianggap tidak popular.
Sebagai
mewakili agensi kerajaan, SAINS perlu menunjukkan keupayaan,
perhubungan awam dan imej yang baik serta keiklasan sebagai agen
kerajaan pemerintah yang peka dengan rakyat jelata.
Subscribe to:
Posts (Atom)