Saudara Pengarang,
Kenyataan media Presiden Bolasepak Negeri Sembilan mengenai proses perjalanan mesyuarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semasa membuat keputusan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia perlu dihalusi dengan membuat perubahan seperti dibawah.
1. Pengerusi mesyuarat perlu mengelak bersifat diktator dan tidak terbawa-bawa dengan latarbelakang sebagai penguatkuasa dan pernah memegang kuasa. Sukan adalah satu hiburan dan bukan mencari keuntungan atau tempat cari makanan atau kemewahan diri sendiri.
2. Ahli Jawatankuasa perlu mewakili beberapa negeri dan bukan di monopoli oleh sesebuah negeri. Dengan cara ini, dapat mengelakkan sikap "bias" secara spontan semasa mesyuarat berlangsung. Mengikut ilmu saikologi, sekiranya perkara atau perlawanan itu tidak memberi impak kepada negerinya, mereka tidak menyuarakan perkara-perkara yang sangsi atau untuk perhatian rakyatnya tetapi barangkali lebih memberi tumpuan bakal kemewahan hasil dari perlawanan itu untuk peribadinya.
Sekiranya, keputusan itu melibatkan rakyat atau penyokong negerinya, mereka akan bersuara dengan pelbagai alasan untuk mengurangkan kos yang ditanggung oleh rakyat dan penyokong yang kononnya rata-rata berpendapatan rendah.
3. Barangkali sudah sampai masanya perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan FAM perlu di kaji semula termasuk pemilihan personaliti bakal ahli jawatankuasa yang lebih tinggi nilai setiakawan, berwibawa, berwawasan serta "zero controversial" yang boleh diterima oleh pelbagai generasi dan peringkat. Disamping perkara-perkara yang tidak demokratik di dalam perlembagaan FAM di kaji dan di hapuskan.
Setiap Jawatankuasa tersebut perlu diadakan penanda aras (KPI) dan akan di bubarkan sekiranya setiap keputusan jawatankuasa ini banyak mengundang kontroversi.
Oleh itu, Jawatankuasa FAM perlu di rombak mewakili pelbagai negeri dan displin supaya ia mencerminkan satu jawatankuasa yang berwibawa dan boleh membuat keputusan yang di terima oleh majoriti peminat-peminat sukan bolasepak.
TENGKU MAN
Pandan Indah, Kuala Lumpur
Thursday, October 12, 2017
Sunday, November 9, 2014
MINTA PENCAPAIAN OPERASI PENGUATKUASAAN DIKONGSI BERSAMA DENGAN PEMIMPIN DI TAMAN PERUMAHAN
Sejak
kebelakangan ini isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan banyak
dipertikaikan kerana ada keberangkalian pemilihan tempat operasi
bersifat terpilih dari ancaman atau provokasi oleh pihak komuniti yang
melindungi oleh kumpulan atau individu tertentu.
Oleh
itu, kawasan yang tiada ancaman kebiasaan menjadi sasaran berulangkali
operasi penguakuasaan samada operasi pemotongan air dan elektrik bagi
memenuhi Petujuk Pretasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI)
setiap kakitangan terlibat tanpa melihat kesemerataan pola kawasan
dimana penguatkuasaan di buat.
Untuk
membuktikan operasi penguatkuasaan tidak bersifat terpilih, pihak
pengurusan berkuasa tempatan perlu bijak merancang pola taburan
operasi penguatkuasaan yang bersifat adil kepada komuniti atau taman
perumahan yang lain. Ini bermaksud, pihak penguatkuasa tidak memihak dan
berkompromi dengan pihak lain semasa menjalankan tugas.
Ada
suara-suara menyatakan kawasan-kawasan industri atau dimana kelompok
masyarakat yang memihak kepada parti pembangkang atau kawasan yang
majoritinya satu kaum tidak digempur dalam operasi pemotongan bekalan
air, elektrik dan sebagainya.
Bagi
memperbetulkan persepsi ini, disyorkan pihak pengkuatkuasa tempatan
berkongsi maklumat dengan pemimpin komuniti di taman perumahan dibawah
pentadbiran pihak berkuasa bagi membuktikan keadilan menjadi keutamaan.
Masyarakat
kini ingin tahu bahawa tindakan undang-undang dibuat tidak memilih
individu, syarikat, tempat, kaum serta kumpulan pendesak.
Saturday, November 8, 2014
SYOR MEWAJIBKAN PIHAK SEKOLAH KENALI "TEAM BUILDING" SETIAP KEMASUKAN PENGHUNI BARU ASRAMA
Perlakuan
buli di asrama masakini sudah sampai satu peringkat yang kritikal
kerana pihak ibubapa dan masyarakat tidak boleh menerima perlakuan
tersebut sebagai satu bentuk "suai kenal" yang diwarisi turun temurun
kepada penghuni baru asrama.
Bagi
mengatasi gejala ini, pihak sekolah atau jabatan perlu ada satu kaedah
terbaik supaya semangat yang ingin di terapkan dikalangan ahli junior
ia itu "menghormati senior" dapat dijalankan dengan suasana yang lebih
terbuka, beretika dan beradap.
Adalah
baik sekiranya pihak sekolah dan asrama mengadakan satu aktiviti yang
menjurus kepada pembinaan pasukan baru dengan punyai visi berbentuk
ilmiah kepada setiap kemasukan penghuni asrama dengan sedikit
peruntukan dari kementerian. Dengan ini setiap ahli dalam pasukan
tersebut samada ahli baru atau lama dapat saling membantu untuk mencapai
sesuatu visi.
Dalam
aktiviti sebegini, mereka akan sentiasa berkomunikasi dan mengwujudkan
kesefahaman dikalangan mereka. Disamping itu, pihak sekolah dapat
memerhatikan kepimpinan, personaliti serta kekuranagan mereka semasa
aktiviti tersebut berjalan dan memberi ganjaran atau hadiah kepada
pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.
Diharap
dengan kemesraaan terjalin semasa aktiviti ini, penghuni baru dapat
"berlindung" dengan rakan senior yang sentiasa membantu mereka semasa
aktiviti berjalan.Secara tidak langsung, mereka dapat merapatkan jurang
atau "gap" untuk mengenali personaliti masing-masing.
Sunday, November 2, 2014
MINTA SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN (SAINS) GUNA BUDI BICARA SEBELUM BEKALAN AIR DIPOTONG
Baru-baru
ini SAINS menjalankan operasi pemotongan air di kawasan perumahan
Taman Tuanku Jaafar. Apa yang mendukacitakan, notis pemotongan di
sampaikan melalui peti surat yang bertarikh terkebelakang (backdated)
dan melaksanakan pemotongan air pada hari yang sama. Maka dengan itu,
pengguna yang mempunyai tunggakan bil tidak diberi kesempatan
menyimpan sedikit air untuk bersolat, minum dan memasak.
Ada
banyak keberangkalian pihak penguna tidak menjelaskan bil antaranya
kesibukkan tugasan, terkhilaf dan keengganan. Pengunaan air untuk seisi
rumah bukanlah banyak seperti dikawasan kilang yang bermotif keuntungan
tapi hanya sekadar bersolat, mandi, minum dan sebagainya.
Oleh
itu, tunggakan bukanlah sekitar ribuan ringgit yang boleh menjejaskan
aliran tunai operasi SAINS. Keutamaan sepatutnya ditumpukan di kawasan
yang melibatan pengguna berorientasi perniagaan.
Saya
percaya pengguna asas harian telah banyak berteloransi dengan pihak
pembekal air terutama semasa hari-hari penyelengaraan paip dan catuan
air. Oleh itu, apalah salahnya pihak pengurusan SAINS memberi sedikit
masa untuk pengguna rumah menadah air atau memberi sedikit ruang untuk
mereka menjelaskan bil tertunggak.
Sikap
memberi notis bertarikh kebelakang adalah tidak bermoral dan beretika.
Di harap pihak pengurusan SAINS segera menyiasat samada petugas mereka
menyampaikan notis-notis tersebut lebih awal sebelum operasi pemotongan
air dilaksanakan.
Saya
khuatir perbuatan yang tidak beretika boleh disalah tafsirkan oleh
rakyat membenci kerajaan dan memdorong pihak lain mengambil kesempatan.
Saya tidak dapat bayangkan imej SAINS sekiranya ada pihak lain yang
datang membantu membekal air untuk orang Islam mendirikan solat setiap
waktu. Maka dengan itu, pengurusan SAINS perlu sensitif pada setiap
tindakan yang dianggap tidak popular.
Sebagai
mewakili agensi kerajaan, SAINS perlu menunjukkan keupayaan,
perhubungan awam dan imej yang baik serta keiklasan sebagai agen
kerajaan pemerintah yang peka dengan rakyat jelata.
Thursday, October 23, 2014
SYOR KAJI SEMULA CADANGAN PEMBERIAN SUBSIDI MELALUI MyKad
Saudara Pengarang,
Walaupun
cetusan idea pemberian subsidi melalui MyKad ini baru di perdebatkan,
saya begitu sangsi dengan perlaksanaan idea ini yang menjurus kepada
perlaksanaan yang kucar kacir terutama pengunaan MyKad orang lain.
Rata-rata
masyarakat Malaysia belum begitu matang malah agak sensitif penarikkan
bantuan subsidi yang mengakibatkan mereka menampung kesemua kos bahan
api. Pengunaan MyKad seorang yang berpendapatan rendah akan disalah
gunakan oleh rakyat golongan pendapatan tinggi.
Contoh
yang mudah untuk menerangkan fenomena ini ialah diantara ayah atau anak
yang berpendapatan yang tinggi mengunakan MyKad ibu atau ayahnya yang
didalam golongan pendapatan rendah. Bagaimana mekanisma ini menunjukkan
keadilan dan kredibiliti kerajaan?. Barangkali ada hujah mengatakan
kita perlu beretika. Persoalannya apakah pencapaian nilai etika
masyarakat Malaysia sudah ditahap matang?
Jadi,
saya berpendapat kerajaan perlu membuat kajian yang lebih praktikal dan
adil dengan melantik pihak yang neutral dan berwibawa secara ilmiah
sebelum membuat keputusan yang boleh merendahkan imej kerajaan.
Melantik
beberapa Universiti atau Kolej di dalam Malaysia untuk membuat
penyelidikan secara neutral boleh memberi input yang baik kepada
kerajaan. Kerajaan tidak boleh bergantung dengan hasil penyelidikan dari
agensi - agensi kerajaan kerana sejak kebelakangan ini kajian tersebut
terlalu "bias" yang rata-rata tidak mewakili inspirasi matlamat
Kerajaan.Persekutuan.
Friday, September 19, 2014
SYOR MEKANISMA PEMANTAUAN KES RAGUT DAN CEDERA DI LRT PANDAN INDAH
Pada tujuh
(7) tahun yang lalu isteri saya diragut beg dan barang kemas sebanyak
dua kali semasa berjalan kaki di antara Jalan Pandah Indah 14 ke LRT
Pandan Indah. Saya juga pernah melihat kes ragut didepan rumah saya di
taman perumahan yang sama. Begitu juga, saya dimaklumkan mengenai
peningkatan kes ragut dari masa ke semasa di kawasan tersebut.
Saya percaya setiap kes ragut di kawasan tersebut telah di laporkan serta rondaan polis di buat dari masa ke semasa.
Baru-baru ini tersebar kisah dimana seorang gadis dicederakan dengan tangan beliau di tetak semasa meragut beg beliau.
Persoalan
nya, setakat mana sesaorang
individu tersebut sentiasa berjaga-jaga , penduduk dan
sukarelawan mengawal kawasan di setiap masa dan penjuru taman secara
efisen?.
Bagi pihak Polis pula, keberkesanan pemantau dan rondaan di kawasan tugasan yang agak luas untuk tindakan secepat mungkin.
Apa
yang kekurangan kini adalah kesepakatan untuk berkerjasama diantara
penduduk, orang awam dan pihak berkuasa. Begitu juga mencari mekanisma
secara efektif untuk membendung jenayah ini yang berlarutan dan semakin
merbahaya.
Dalam
lawatan saya ke Guang Zhou, China sedikit masa yang lalu, saya
perhatian pantauan terhadap laluan orang awam ialah melalui sistem CCTV
di laluan orang awam yang
di pantau terus kepada pihak berkuasa
berhampiran.
Oleh
itu saya sarankan setiap laluan orang awam terutama di tepi jalan atau
lorong kearah stesen pengangkutan awam seperti LRT dan bas/teksi perlu
di pantau dengan CCTV yang di sambong terus ke Balai /Pondok Polis
berdekatan atau Pondok Komuniti / Pengawal penduduk kawasan tersebut.
Dengan
sistem CCTV yang berkualiti serta pencahayaan lampu yang terang
dilaluan tersebut, sebarang ancaman dapat dikenal pasti, pengecaman
suspek senang dikenal pasti serta memperolehi barang bukti yang jelas.
Saya
percaya initiatif ini dapat perhatian pihak berkuasa tempatan serta
penduduk tempatan pula dapat memberi sumbangan samada dari
segi kos, masa dan tenaga untuk kerja
pemantauan dari pondok-pondok pengawal tersebut.
Begitu
juga, pihak berkuasa seperti polis dan majlis tempatan dapat membuat
kekerapan rondaan di kawasan yang di kenalpasti mempunyai kes jenayah
ragut dan ugut.
Diharap
pemantauan secara kolektif antara pihak berkuasa tempatan seperti
Majlis Perbandaraan, pihak Polis dan penduduk tempatan dapat membendung
kes ragut yang semakin meningkat.
Tuesday, August 12, 2014
SYOR SISTEM PENGURUSAN AIR MENGUNAKAN KAEDAH SISTEM GRID BEKALAN ELEKTRIK
Dalam
suasana ketirisan bekalan dan pengurusan air kepada penguna di jadikan
sumber modal perbalahan politik, saya terpanggil untuk mengemukakan
cadangan sistem pengurusan air mengunakan konsep sistem grid bekalan
elektrik yang terbukti lebih praktikal dan efisen.
Jika sistem bekalan elektrik melalui peringkat penjanaan, penghantaraan dan pengagihan maka sistem bekalan air juga boleh melalui peringkat tadahan dan rawatan, penghantaran mengunakan pembentungan kekawasan tadahan skala sederhana dan pengagihan dikawasan perumahan serta industri yang meliputi semua negeri-negeri di Malaysia.
Ini bermakna, punca air yang bermula dari pertengahan banjaran titiwangsa mengalir ke pantai timur dan kepantai barat Semenanjung dapat di salurkan, tadah, rawat serta agih mengikut sistem grid bersepadu.
Penghantaran bekalan air ini akan melalui pembentungan bawah tanah seperti penyaluran gas dari Teluk Kalong, Terengganu ke selatan dan utara Semenanjung.
Bagi merealisasikan impian ini, pengurusan fasiliti perlu di tadbirkan oleh sebuah syarikat yang berwibawa dan semua kerajaan negeri samada di perintah oleh pembangkang perlu memberi laluan demi kepentingan rakyat dan negara. Sekira ada akta yang mengengkang cadangan ini maka perkara tersebut perlu di bincangkan di peringkat parlimen supaya tiada kecacatan semasa pengurusan dan pengagihan bekalan air.
Dengan adanya permuafakatan dan sistem bersepadu bagi mengurus, merawat serta mengagihan bekalan air, diharap tiada satu pun negeri di negara ini kekurangan air teruatama di musim kemarau.
Mengambil contoh ektrim pengurusan bekalan air di negara-negara Timur Tengah yang sentiasa kemarau tetapi berada di musim sejuk yang singkat, pengurusan salji diwaktu musim sejuk di kawah-kawah gunung-ganang perlu dipuji kerana mereka berjaya mengurus, menjana dan menyimpan air untuk kegunaan harian semasa musim panas yang panjang.
Semoga rakyat Malaysia dapat mengamalkan budaya dan berfikiran positif dalam membantu kerajaan samada di peringkatan persekutuan maupun negeri.
Jika sistem bekalan elektrik melalui peringkat penjanaan, penghantaraan dan pengagihan maka sistem bekalan air juga boleh melalui peringkat tadahan dan rawatan, penghantaran mengunakan pembentungan kekawasan tadahan skala sederhana dan pengagihan dikawasan perumahan serta industri yang meliputi semua negeri-negeri di Malaysia.
Ini bermakna, punca air yang bermula dari pertengahan banjaran titiwangsa mengalir ke pantai timur dan kepantai barat Semenanjung dapat di salurkan, tadah, rawat serta agih mengikut sistem grid bersepadu.
Penghantaran bekalan air ini akan melalui pembentungan bawah tanah seperti penyaluran gas dari Teluk Kalong, Terengganu ke selatan dan utara Semenanjung.
Bagi merealisasikan impian ini, pengurusan fasiliti perlu di tadbirkan oleh sebuah syarikat yang berwibawa dan semua kerajaan negeri samada di perintah oleh pembangkang perlu memberi laluan demi kepentingan rakyat dan negara. Sekira ada akta yang mengengkang cadangan ini maka perkara tersebut perlu di bincangkan di peringkat parlimen supaya tiada kecacatan semasa pengurusan dan pengagihan bekalan air.
Dengan adanya permuafakatan dan sistem bersepadu bagi mengurus, merawat serta mengagihan bekalan air, diharap tiada satu pun negeri di negara ini kekurangan air teruatama di musim kemarau.
Mengambil contoh ektrim pengurusan bekalan air di negara-negara Timur Tengah yang sentiasa kemarau tetapi berada di musim sejuk yang singkat, pengurusan salji diwaktu musim sejuk di kawah-kawah gunung-ganang perlu dipuji kerana mereka berjaya mengurus, menjana dan menyimpan air untuk kegunaan harian semasa musim panas yang panjang.
Semoga rakyat Malaysia dapat mengamalkan budaya dan berfikiran positif dalam membantu kerajaan samada di peringkatan persekutuan maupun negeri.
Subscribe to:
Posts (Atom)