Friday, March 30, 2012

SYOR WUJUD SEMANGAT "HANG JEBAT" DIKALANGAN MASYARAKAT MELAYU


Saudara Pengarang,

Dari pengamatan saya, semangat perang saikologi  dikalangan masyarakat keturunan Melayu amat berkurangan dalam situasi mempertahanan hak-hak mereka sebagai individu serta hak yang tertulis dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka seolah-olah hilang punca apabila diasak dengan tuntutan berturutan oleh masyarakat keturunan lain.

Barangkali budaya dan adat resam masyarakat Melayu zaman dahulu menjadi penghalang untuk lebih masyarakat Melayu lebih bersikap berani, vokal dan profesional dalam memberi pendapat semasa mempertahankan isu-isu yang melibatkan bangsa,agama dan negara sendiri.

Oleh itu, masyarakat Melayu generasi kini perlu menjalani proses perubahan secara revolusi bagi meningkatkan kredibiliti kepimpinan serta ilmu mempertahankan diri dikalangan masyarakat Melayu. Kaedah  secara provokasi seperti dalam proses mewujudkan para peguam boleh membantu  ramai dikalangan masyarakat Melayu lebih berani kehadapan dengan mengusulkan tuntutan dan mempertahankan hak-hak mereka mereka berlandasan perundangan dan rasional.

Saya berpendapat, kita perlu membentuk ramai perwatakan Hang Jebat yang berpelajaran dalam menlindungi  hak-hak masyarakat Melayu  di masa kini. Walaupun watak tersebut adalah satu  mitos yang disebut dalam Sejarah Melayu, keperluan perwatakan sebegini amat diperlukan bagi mengimbangi perwatakan yang "keterlaluan" dari  golongan masyarakat lain yang terlalu mendesak.


TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur

Fahami intipati perlembagaan


MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, pelbagai personaliti dan kepartian mempertikaikan kewujudan diskriminasi dalam perlembagaan tanpa ingin mengetahui bagaimana perkara yang berkaitan keistimewaan status bumiputera termaktub di dalamnya.
Jika diimbas semasa pembentukan perlembagaan, banyak faktor tolak ansur ditawarkan kepada penduduk asal dan penduduk pendatang. Contoh yang ketara ialah apabila penduduk asal terutama orang Melayu menerima kedatangan penduduk pendatang menjadi warganegara Malaysia.
Sebagai timbal balas, penduduk pendatang diberi taraf warganegara dan dalam masa yang sama penduduk pendatang menerima peruntukan istimewa, hak penduduk asal seperti orang Melayu.
Inilah semangat dan intipati perlembagaan yang perlu diketahui oleh semua warga Malaysia.
Saya percaya dengan mengambil kira semangat yang sama semasa pembentukan perlembagaan dan penerimaan penduduk pendatang, modal diskriminasi kaum yang sentiasa membakar emosi warganegara tidak menjadi modal politik masa kini dan akan datang.

Thursday, March 1, 2012

SYOR HAPUSKAN PERBEZAAN KOS RAWATAN PAKAR YANG DIRUJUK OLEH KLINIK KERAJAAN DAN KLINIK SWASTA

Saudara Pengarang,

Semasa saya mengunjungi Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru baru ini , saya dimaklumkan bahawa kadar rawatan pakar di hospital tersebut adalah berbeza mengikut status klinik yang di rujuk.

Sekiranya pesakit dirujuk oleh klinik kerajaan, kadar pendaftaran adalah RM5.00 sahaja. Rawatan susulan adalah minimal atau tiada caj langsung terutama kepada pesara.

Walaubagaimanapun, jika pesakit tersebut dirujuk oleh klinik swasta, kadar pendaftaran di HKL adalah RM30.00 dan rawatan susulan akan dikenakan seperti perbelanjaan X-Ray sebanyak RM60.00.

Kebiasaannya, anak dan saudara terdekat akan membawa ibubapa yang uzur ke klinik swasta kerana rawatan di klinik kerajaan agak lama dan memenatkan warga emas. Mereka sanggup membayar lebih bagi mengelakkan keresahan serta waktu menunggu.

Malangnya, apabila dirujuk oleh klinik swasta mereka di kenakan caj rawatan susulan yang tinggi oleh HKL dibandingkan pesakit yang dirujuk oleh klinik kerajaan.

Oleh itu, diharapkan pihak kerajaan dapat menyemak semula caj-caj yang tidak seimbang yang membebankan pesakit terutamanya warga emas ini.


TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur

MINTA HKL KAJI CAJ TIDAK SEIMBANG

TENGKU MAN
Pandan Indah, Kuala Lumpur

Saudara Pengarang,

SEMASA saya mengunjungi Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru baru ini, saya dimaklumkan bahawa kadar rawatan pakar di hospital tersebut adalah berbeza mengikut status klinik yang merujuk.

Sekiranya pesakit dirujuk oleh klinik kerajaan, kadar pendaftaran adalah RM5 sahaja.

Rawatan susulan adalah minimal atau tiada caj langsung terutama kepada pesara.

Bagaimanapun, jika pesakit tersebut dirujuk oleh klinik swasta, kadar pendaftaran di HKL adalah RM30 dan rawatan susulan akan dikenakan seperti perbelanjaan X-Ray sebanyak RM60.

Kebiasaannya, anak dan saudara terdekat akan membawa ibu bapa yang uzur ke klinik swasta kerana rawatan di klinik kerajaan agak lama dan memenatkan warga emas.

Mereka sanggup membayar lebih bagi mengelakkan keresahan serta waktu menunggu.

...

Friday, October 28, 2011

SYOR KAJI PERLEMBAGAAN FAM YANG TIDAK DEMOKRATIK.

Saudara Pengarang,


Kenyataan media Presiden Bolasepak Negeri Sembilan mengenai proses perjalanan mesyuarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semasa membuat keputusan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia perlu dihalusi dengan membuat perubahan seperti dibawah.


1. Pengerusi mesyuarat perlu mengelak bersifat diktator dan tidak terbawa-bawa dengan latarbelakang sebagai penguatkuasa dan pernah memegang kuasa. Sukan adalah satu hiburan dan bukan mencari keuntungan atau tempat cari makanan atau kemewahan diri sendiri.


2. Ahli Jawatankuasa perlu mewakili beberapa negeri dan bukan di monopoli oleh sesebuah negeri. Dengan cara ini, dapat mengelakkan sikap "bias" secara spontan semasa mesyuarat berlangsung.

Mengikut ilmu saikologi, sekiranya perkara atau perlawanan itu tidak memberi impak kepada negerinya, mereka tidak menyuarakan perkara-perkara yang sangsi atau untuk perhatian rakyatnya tetapi barangkali lebih memberi tumpuan bakal kemewahan hasil dari perlawanan itu untuk peribadinya.

Sekiranya, keputusan itu melibatkan rakyat atau penyokong negerinya, mereka akan bersuara dengan pelbagai alasan untuk mengurangkan kos yang ditanggung oleh rakyat dan penyokong yang kononnya rata-rata berpendapatan rendah.


3. Barangkali sudah sampai masanya perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan FAM perlu di kaji semula termasuk pemilihan personaliti bakal ahli jawatankuasa yang lebih tinggi nilai setiakawan, berwibawa, berwawasan serta "zero controversial" yang boleh diterima oleh pelbagai generasi dan peringkat. Disamping perkara-perkara yang tidak demokratik di dalam perlembagaan FAM di kaji dan di hapuskan.

Setiap Jawatankuasa tersebut perlu diadakan penanda aras (KPI) dan akan di bubarkan sekiranya setiap keputusan jawatankuasa ini banyak mengundang kontroversi.

Oleh itu, Jawatankuasa FAM perlu di rombak mewakili pelbagai negeri dan displin supaya ia mencerminkan satu jawatankuasa yang berwibawa dan boleh membuat keputusan yang di terima oleh majoriti peminat-peminat sukan bolasepak.

TENGKU MAN
Pandan Indah, Kuala Lumpur

Monday, October 10, 2011

PENANGGUHAN TAYANGAN VIDEO KLIP "UNDIILAH". APA RASIONAL MAHU MENAGIH UNDI ORANG RAMAI?

Saudara Pengarang,

Saya terpanggil untuk membuat komen mengenai seorang penulis ruangan dari akhbar edaran percuma di kawasan Kuala Lumpur meminta isu penanggungan videoUNDILAH di adili oleh suara ramai untuk tayangan umum.

Saya berpendapat beliau ini tidak tahu rasional kewujudan akta-akta di Malaysia mahu pun di mana mana negara termasuk di Amerika, Britain, Australia dan sebagainya. Bagi beliau, apa jua pendapat individu samada ia boleh membentuk budaya rakyat atau sebaliknya tidak perlu ada sekatan atau kelulusan dari pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Sekiranya beliau merasai pendapat beliau lebih hebat , beliau perlu mencari satu negara yang mempunyai kebebasan untuk bersuara serta negara tersebut mengizinkan melakukan sesuatu mengikut naluri walaupun boleh memudharatkan kehidupan dan budaya rakyat mereka.

Di sinilah bahayanya generasi sekarang yang tidak di latih memikirkan implikasi jangka panjang akibat sesuatu tindakan songsang serta lebih terarah untuk kepuasan waktu yang singkat. Mereka tidak di ajar bagaimana sesuatu tindakan yang pada waktu ini di anggap betul tetapi pada hakikatnya menghancurkan budaya, norma norma hidup sesuatu bangsa, kaum dan masyarakat yang telah lama menikmati keamanan.

Penglibatan individu yang kontrovesi dan pernah mencemuh imej negara, agensi kerajaan , individu dan sebagainya tidak sesuai untuk di jadikan ikon serta di tayangkan berkali kali menerusi media. Ini akan memberi tanggapan kepada penonton bahawa individu atau pelakon di dalam klip atau filem mempunyai etika yang baik sedangkan perlakuannya di luar klip atau filem amat tidak sesuai untuk masyarakat majmuk menerimanya sebagai hero dalam sistem demokrasi di Malaysia.


TENGKU MAN.

Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Wednesday, September 28, 2011

SYOR WUJUDKAN KAYU PENGUKUR BERASINGAN ANTARA PENGURUSAN SEKOLAH DENGAN PRETASI PEMBELAJARAN MURID

Saudara Pengarang,

Dari pengalaman saya menerajui PIBG di sebuah Sekolah Rendah di Zon Pudu pada tahun sekitar 1997 memang tidak dinafikan pihak sekolah terutama Guru Besar atau Guru Kanan mempunyai persepsi merendahkan sebilangan murid-murid sebelum peperiksaan bermula.

Ironiknya, mereka gagal mengesan kelemahan murid-murid ini sejak Tahun 1 atau 2. Program bagi meningkatkan tahap pelajaran murid murid di buat secara sambil lewa walaupun di tegur semasa mesyuarat bulanan PIBG dengan alasan pihak PIBG tidak boleh campur tangan dalam urusan sekolah.

Oleh itu, bagi saya kes yang berlaku baru baru ini di mana pihak sekolah enggan memberi peluang kepada murid-murid untuk menduduki peperiksaan adalah satu perkara yang telah lama wujud di kalangan pentadbir sekolah.

Satu post motem perlu di buat supaya keengganan pentadbir sekolah membenarkan murid murid mengambil peperiksaan dapat di tangani secara positif dengan mencari kaedah-kaedah "menang-menang" supaya peningkatan pembelajaran murid dapat di terjemahkan mengikut "spirit" Dasar Pendidikan Negara.

Pretasi Guru Besar dan Guru Guru yang terlibat di ukur dengan "ruler" yang berlainan seperti mengadakan program pembangunan yang berkualiti, kesungguhan Guru Guru, Kreativiti Guru Guru serta keberkesanan usaha usaha yang di buat. Sebaliknya, pretasi Murid Murid di ukur dengan keputusan ujian dan peperiksaan dan bukan dijadikan pengukur pretasi Guru Guru secara mutlak.

Dengan cara ini, saya percaya Guru Besar dan Guru Guru tidak lagi khuatir atau menyorok murid murid yang tidak berpretasi tinggi semata mata untuk menjaga tanda aras /"KPI" sekolah, Guru Besar, Guru Guru dan sebagainya