Monday, September 13, 2010

SYOR TANGANI JENAYAH PROFESIONAL

Pengarang,

Sejak sedekat lalu saya perhatikan jenayah dikalangan profesional semakin meningkat terutama "trend" beberapa pegamal undang-undang yang mempunyai kepentingan dalam perniagaan mencari kelemahan undang-undang untuk kepentingan diri sendiri. Mereka nampaknya tidak peka mendukong etika profesional masing demi mengejar harta benda dan kepuasan. Maka terjadilah kes penipuan dan pembunuhan dikalangan rakyat jelata.

Dikalangan mereka ada yang bijaksana berhujah mengenepikan "statement of fact" sebagai bahan bukti dengan mengujudkan "statement of doubt" iaitu keraguan supaya penghakiman tidak dapat dibuat dengan secepat mungkin. Oleh itu, terlepaslah mereka dari hukuman dan semakin hari semakin berani mencetuskan ugutan dan sebagainya.

Baik pihak penguatkuasa, pendakwa malah kewibawaan hakim menjalankan proses undang-undang semakin hilang fokus dalam membicarakan sesuatu kes dan memakan masa yang lama.

Saya syorkan persatuan atau badan badan yang mewakili profesion ini perlu membuat pemantauan dikalangan ahli mereka dan mereka yang disyaki perlu dirujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakkan segera. Perbuatan yang membahayakan orang awam samada ahli perniagaan atau sebagainya perlu dibendung terus dan bukannya menunggu satu lagi bahan bukti yang menuntut kehilangan nyawa dan harta awam untuk dheret kemahkamah.

Jika ada undang-undang yang sesuai membenteras perlakuan ini seperti ala ISA , saya menyokong dikalangan mereka yang dianggap bahaya kepada orang awam " disimpan " sehingga pihak berkewajipan berpuas hati niat dan perangainya tidak akan melaksanakan kerja jahat mereka.


TENGKU MAN
Pandan Indah

SYOR ADAKAN AKTA MIRIP ISA UNTUK PENCETUS KETEGANGAN KAUM

Pengarang,



Saya menyokong kenyataan Perdana Menteri kita mengenai sebilangan rakyat dengan segaja mengunakan isu perkauman sebagai PELAMPAU kononnya ingin menarik minat orang ramai tanpa melihat implikasi buruk yang menjejaskan keharmonian pelbagai kaum.



Berdasarkan perlakuan yang jahat ini, saya syorkan mereka ini dihumbankan kedalam pusat ala ISA di Kemunting bagi mengelak kaum yang dihina tidak menjadi agresif dan membendung situasi menyerang kaum lain.



Oleh kerana tujuan ISA masa kini adalah untuk orang yang disyaki subvesif dan tidak sesuai untuk pelaku-pelaku ini, maka satu rang undang-undang dan akta lain perlu diwujudkan bagi "menyimpan"pelampau ini yang bakal merosakkan keharmonian dan keamanan antara kaum masa kini.



Mereka ini agak licik menafikan sesuatu niat kerana undang-undang memerlukan pembuktian dari segi "niat" sebelum dibawa untuk pengadilan. Jika pihak berkuasa berterusan mengunakan undang-undang sedia ada, peluang untuk dihukum adalah tipis dan matlamat untuk meredakan isu perkaum tidak akan tercapai.



Oleh itu, akta untuk pelampau kaum ini perlu diwujudkan dimasa kini kerana mereka dilihat tidak henti henti membuat provokasi yang merbahaya. Dengan adanya kuasa ini, pihak berkuasa boleh menahan pelampau ini tanpa dibicarakan pada jangka masa tertentu sehingga keadaan reda. Diharap "Hukum Simpan" ini akan menjadi pengajaran dan menyedarkan mereka implikasi buruk jika berterusan memutar belit isu dan menyemarakkan anti perkauman.




TENGKU MAN
Pandan Indah

Saturday, September 4, 2010

SYOR UNDANG UNDANG MIRIP ISA MENYIMPAN PELAMPAU PERKAUMAN

Pengarang,



Saya menyokong kenyataan Perdana Menteri kita mengenai sebilangan rakyat dengan segaja mengunakan isu perkauman sebagai PELAMPAU kononnya ingin menarik minat orang ramai tanpa melihat implikasi buruk yang menjejaskan keharmonian pelbagai kaum.



Berdasarkan perlakuan yang jahat ini, saya syorkan mereka ini dihumbankan kedalam pusat ala ISA di Kemunting bagi mengelak kaum yang dihina tidak menjadi agresif dan membendung situasi menyerang kaum lain.



Oleh kerana tujuan ISA masa kini adalah untuk orang yang disyaki subvesif dan tidak sesuai untuk pelaku-pelaku ini, maka satu rang undang-undang dan akta lain perlu diwujudkan bagi "menyimpan"pelampau ini yang bakal merosakkan keharmonian dan keamanan antara kaum masa kini.



Mereka ini agak licik menafikan sesuatu niat kerana undang-undang memerlukan pembuktian dari segi "niat" sebelum dibawa untuk pengadilan. Jika pihak berkuasa berterusan mengunakan undang-undang sedia ada, peluang untuk dihukum adalah tipis dan matlamat untuk meredakan isu perkaum tidak akan tercapai.



Oleh itu, akta untuk pelampau kaum ini perlu diwujudkan dimasa kini kerana mereka dilihat tidak henti henti membuat provokasi yang merbahaya. Dengan adanya kuasa ini, pihak berkuasa boleh menahan pelampau ini tanpa dibicarakan pada jangka masa tertentu sehingga keadaan reda. Diharap "Hukum Simpan" ini akan menjadi pengajaran dan menyedarkan mereka implikasi buruk jika berterusan memutar belit isu dan menyemarakkan anti perkauman.




TENGKU MAN
Pandan Indah

Sunday, August 22, 2010

SEMANGAT KEBANGSAAN SEMAKIN LUNTUR

Pengarang,

Saya dilahirkan pada 16.10.1957 iaitu beberapa bulan selepas merdeka amat kecewa kerana dalam pengamatan saya semangat kebangsaan dan cintakan negara semakin pudar dan luntur. Suasana menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan tidak dirasai seperti dahulu.

Tambahan pula, semangat kebangsaan dikalangan generasi tahun 50an dan 60an samada Melayu, Cina, India dan dari etik Sabah serta Sarawak semakin hilang dan tiada usaha-usaha meletakkan semangat ini di waktu kegemilangan lalu.

Ada dikalangan mereka "berpaling tadah" atau tidak memberi satu contoh yang baik kepada generasi masa kini. Maka terjadilah fahaman yang pelik dikalangan generasi kini seperti mempersendakan lagu Negara Ku, mengencam kepimpinan terdahulu, melupakan pengorbanan pejuang-pejuang pendamaian dan sebagainya.

Seolah-olah tunjang yang mengerakkan semangat kemerdekaan masa lalu hilang tanpa pengganti. Tiada pelapis dikalangan generasi muda seperti yang berlaku di Jepun, Korea dan sebagainya.

Oleh itu, saya syorkan kerajaan samada pemerintah atau pengbangkang perlu mengambil berat diatas ketirusan semangat kebangsaan sekiranya negara ini ingin mempunyai satu identiti 1Malaysia.

Program-program diperingkat sekolah Rendah dan Menengah semakin hari semakin lupus apatah lagi diperingkat kolej dan universiti.

Saya berpendapat, satu modul yang berkesan dan pendekatan yang baru perlu diperkenalkan diperingkat sekolah, kolej, universiti serta sektor awam dan korporat supaya semangat sayangkan negara berterusan dari generasi ke generasi.


TENGKU MAN
Pandan Indah

Wednesday, August 18, 2010

SOKONG SAMAN DI TERUSKAN BAGI MENCEGAH PEMANDU TAK BERDISPLIN

Pengarang,



Kenyataan Ketua Polis Negara untuk meneruskan saman kepada pemandu kenderaan terutama menjelang musim perayaan ini amat di alu-alukan.



Dengan masa yang sama, saya amat berharap pihak polis dapat mencari pendekatan baru bagi menyaman pemandu tersebut yang dibimbangi boleh membahayakan nyawa pengguna lain di jalan raya.



Saya syorkan bagi mengelakkan kesesakan semasa operasi saman di lebuhraya atau jalan-jalan biasa, pihak polis perlu memerhatikan atau memantau di beberapa tempat strategik sepanjang lebuhraya atau jalan dengan mencatatkan kelajuan dan mengambil gambar sebagai bukti pertuduhan jika diperlukan.



Setelah memerhatikan gelagat beberapa pemandu melanggar undang-undang jalanraya yang boleh membahayakan keselamatan pemandu lain, mereka perlu menghubungi rakan mereka yang ditempatkan di kawasan rehat / kawasan penimbang JPJ / kawasan lapang untuk menahan serta menyampaikan saman kepada pemandu itu sendiri dengan bukti penerimaan saman tersebut.



Dengan pendekatan begini, ia memudahkan pihak polis membawa kes ini kemahkamah sekiranya pemandu tersebut ingkar membayar kompuan yang ditawarkan. Malah, ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam operasi tersebut.


TENGKU MAN
Pandan Indah

Tuesday, August 17, 2010

SYOR PERMINTAAN PERKAUMAN BERDASARKAN SUMBANGAN MEREKA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA DALAM MEMERANGI KEGANASAN DAN MENEGAKKAN KEAMANAN NEGARA.

Pengarang,



Sejak beberapa tahun ini banyak tekanan dari pelbagai kaum terutama golongan bukan bumiputra yang diberi status warganegara mencabar Perlembagaan Malaysia dan Kontrak Sosial yang diamalkan sejak 52 tahun yang lalu. Sebagai seorang bumiputra Melayu, saya sudah begitu rimas dengan tekanan yang di hadapi oleh orang Melayu samada sebagai warga biasa maupun Pak Menteri Bumiputra.



Pada pendapat saya, apabila keselamatan terjamin di atas pengorbanan Angkatan Tentera dan Polis sejak sebelum dan selepas merdeka, peniaga yang majoriti bukan bumiputra sepatutnya membayar pengorbanan pihak berkuasa dengan menunjukkan ketaatan serta berterima kasih kepada kerajaan kerana perniagaan mereka maju dengan kawalan keselamatan tanpa gangguan oleh penganas, penjenayah dan sebagainya.



Malangnya, mereka seolah olah mahu mengubah senario negara ingin memonopoli perniagaan dan juga politik. Sekiranya mereka mempunyai niat sebegitu, mereka perlu melihat sumbangan mereka kearah keselamatan dan keharmonian rakyat sejak merdeka untuk dipertimbangkan kuota yang diminta.



Jika perjuangan kaum ini minimal sebelum dan selepas merdeka dalam Angkatan Tentera dan Polis dalam memerangi penganas dan penjenayah, maka adalah wajar peluang perniagaan dan politik dihadkan untuk kaum tersebut. Maksudnya kuota perkauman berdasarkan bilangan sesuatu kaum itu yang sanggup berkorban hidup dan mati melawan musuh demi keamanan negara.



Kita tidak mahu melihat kekayaan dan jawatan yang dipolopori mereka begitu mudah diberi tanpa hasil pengorbanan jiwa dan raga mereka. Kita juga tidak mahu melihat segolongan kaum menjadi "security personnel" sahaja sedangkan kaum lain mengaut keuntungan dalam keadaan aman.



Sekiranya mereka merasakan wujud diskriminasi yang ketara di negara yang asalnya Tanah Melayu ini, mereka boleh mencari negara asal datok nenek mereka atau negara-negara yang kononnya berlaku adil kepada semua kaum dan agama. Dipersilakan!!.




TENGKU MAN
Pandan Indah

Monday, August 16, 2010

KECUAIAN PENGIRIM MENGAKIBATKAN PENERIMA DIDENDA OLEH POS MALAYSIA.

Pengarang,

Baru baru ini Pos Malaysia menghantar notis kepada anak saya untuk mendapatkan surat dari pejabat Pos Malaysia Kompleks Dayabumi yang tidak memenuhi kadar setem yang di tetapkan. Oleh kerana tidak dinyatakan pengirim, beliau bergegas dari tempat belajar di Cyberjaya menjangkakan surat itu amat penting dan perlu diambil secepat mungkin.

Setelah berjumpa dengan pihak kaunter Pos Malaysia Kompleks Dayabumi, beliau diarah membayar denda kerana pengirim tidak mematuhi syarat-syarat yang tidak pernah kami diberitahu. Beliau terus membayar denda bagi mematuhi prosidur Pos Malaysia untuk mendapatkan surat tersebut.

Saya dimaklumkan mengenai denda yang dikenakan dan amat terperanjat bahawa berat kandungan surat tersebut hanyalah 9 gram iaitu sehelai resit pembayaran bagi menduduki peperiksaan Malaysian University Test (MUET) dari Jabatan Pelajaran W Persekutuan (pengirim) yang dibayar oleh anak saya pada bulan Julai 2010. Dari sumber rujukan Pos Malaysia, sampul surat tersebut yang bersetem 0.60 sen dan beralamat sendiri mematuhi prosidur Pos Malaysia melainkan jika berat surat tersebut melebihi 20gram.

Saya membuat protes mengenai denda yang dikenakan dan diberitahu oleh petugas Pos Malaysia bahawa denda tersebut disebabkan oleh sampul surat yang bersetem dan dibekalkan oleh anak saya kepada Jabatan tersebut telah di "cop" oleh Jabatan tersebut dengan nama serta alamat mereka. Mengikut prosidur Pos Malaysia, "sebarang tanda" dimuka depan sampul surat adalah satu kesalahan dan didenda sebanyak 0.30 sen mengakibatkan anak saya menghabiskan masa perjalanan dari Cyberjaya ke Pos Malaysia Kompleks Dayabumi sejauh 30KM pergi balik.

Saya meragui prosidur ini boleh memajukan perniagaan Pos Malaysia dimasa akan datang dalam mengharungi perubahan global dunia perniagaan. Persoalannya kenapa kesilapan pengirim ditanggung oleh penerima tanpa rasional yang jelas? Kenapa budibicara dipinggirkan dalam hal hal yang remeh ini? Dimana realiti dalam mendukong rakyat didahulukan?

Semoga persoalan ini dapat merobek pengurusan atasan Pos Malaysia.



TENGKU MAN
Pandan Indah