Thursday, March 18, 2010

SYOR KERAJAAN PUSAT MEMBERI PINJAMAN BUKU TEKS TINGKATAN 2 DAN 4 UNTUK CALUN PMR/SPM.


Pertamakali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat memberi pinjaman buku teks kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Seperti biasa, pelajar-pelajar perlu memulangkan sebelum akhir cuti penggal setiap tahun.

Ini bermakna, pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 tidak ada buku teks untuk rujukan bagi persediaan peperiksaan PMR dan SPM. Oleh itu, besar harapan saya dapat Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran menambah bilangan buku-buku teks Tingkatan 1 dan 2 serta buku-buku teks Tingkatan 4 untuk dipinjamkan kepada calun PMR dan SPM.

Diharap cadangan ini dapat maklumbalas dari pihak Kementerian dan juga ibubapa yang menyokong cadangan ini.

TENGKU MAN
Taman Pandan Indah

SYOR UTAMA PENGUATKUASAAN MENAHAN PEMANDU BAHAYA DIJALAN RAYA DARI MENAHAN KERETA PENUMBANG YANG TIDAK MEMAKAI TALIPINGGANG KELEDAR.


Tuan Pengarang,
Secara peribadi saya tidak yakin kejayaan mengurangkan bilangan kemalangan maut diatas penguatkuasaan agensi kerajaan menguatkuasa pemakaian talipinggang belakang untuk kereta penumpang kerana kemalangan maut banyak berpunya dari tingkah laku pemandu itu sendiri yang memandu laju dan membahayakan penguna jalanraya yang lain.

Oleh itu, saya syorkan pemandu yang dilihat memandu dalam keadaan bahaya kepada pengguna orang lain perlu ditahan dengan serta merta dengan mengarahkan kebalai polis berdekatan. Pengunaan kamera ditempat-tempat stratejik serta pemerhatian pihak polis perlu dijadikan bahan bukti mempertahankan dakwaan dimahkamah.

Untuk maklumat tuan, setiap kali saya memandu dilembuhraya Kuala Lumpur - Air Keroh ada saja pemandu memotong atau mengekori kenderaan lain terlalu hampir, salah dan bahaya yang mengakibatkan kemalangan yang kebarangkalian berturutan seperti pelanggaran belakang kereta-kereta lain. Pada kebiasaannya,saya menghubungi pihak PLUS untuk memantau pemandu kenderaan yang memandu dalam keadaan bahaya supaya ia dapat disalurkan kepada pihak berkuasa.

Saya amat berbangga sekiranya seluruh anggota penguatkuasa yang beria-ia hendak membuat operasi pengunaan tali pinggang belakang kereta di gembelingkan memerhati, memantau dan menahan pemandu-pemandu yang biadab ini.

TENGKU MAN
Taman Pandan Indah

Saturday, March 13, 2010

SYOR PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK BAYARAN BIL AIR, ELEKTRIK DAN BEKALAN UBATAN UNTUK MASYARAKAT TUA DIKAMPUNG.

Pengarang,

Semasa saya balik kampung di mukim Gemencheh, saya teruja dengan kepayahan warga tua untuk bergerak membayar bil-bil elektrik, air dan mendapat bekalan ubatan di klinik kesihatan kerajaan. Rata-rata warga tua ini amat takut jika tindakkan pemotongan elektrik dan api jika bayaran tidak dibuat sebelum atau hari terakhir bayaran.

Secara tidak langsung,mereka ini adalah warga-warga setia dan ikhlas untuk membayar hutang-hutang kepada pihak-pihak berkenaan. Jika ada pun pembantu mereka samada anak atau saudara mereka tinggal bersama dikampung, saya perhatikan mereka ini akan membawa orang tuanya menaiki bas atau teksi demi keselamatan tinggal bersaorangan dirumah.

Oleh itu, saya sarankan khidmatan kaunter bergerak yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan/BN laksanakan dahulu dikampung-kampung bagi bayaran bil-bil dan perubatan warga tua perlu diteruskan demi keselamatan dan komitmen kerajaan yang peka dengan kesulitan warga tua dikampung.

Dengan perkhimatan kaunter bergerak dua kali dalam sebulan, sudah tentu warga tua dikampung-kampung dapat menunaikan tanggungjawab sebagai penguna yang setia. Bagi merealisasikan idea ini, pihak Bekalan Air dan TNB serta agensi kerajaan yang bertanggungjawab dapat bergabung sebag ai satu tanggungjawab sosial dan korporat kepada masyarakat umum.

Diharap cadangan ini mendapat reaksi semua JKKK, Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen disemua kawasan terpencil dimana penduduknya sebahagian besar adalah warga tua.


TENGKU MAN
Pandan Indah

PEMBURU BABI MENGANCAM KESELAMATAN PENDUDUK KAMPUNG GEDOK, GEMENCHEH.

Semasa percutian saya menyambut hari pertama tahun baru 2007 dikampung tersebut, saya dikejutkan dengan dentuman senapang serta salakan anjing dikawasan kebun berhampiran pinggir hutan. Pada ketika itu, saya dapati beberapa orang kampung dicelah-celah kebun sedang memetik sayur-sayuran, mencari kayu api dan ada yang sedang memperbaiki pagar kebun.

Saya difahamkan dentuman senapang dan salakan anjing itu adalah aktiviti mingguan pemburu babi yang masuk dikampung dan dipinggir hutan sejak bertahun-tahun yang lalu.
Samada mereka ini mempunyai permit atau anggota RELA dari perkampungan Cina berdekatan, bukan tugasan saya untuk menahan mereka tetapi saya mempersoalkan jaminan KESELAMATAN orang kampung yang sedang berkebun, menternak, menoreh getah dicelah-celah belukar kampung tersebut.

Sekiranya pemburu ini mendapat kebenaran oleh pihak-pihak berkewajipan, dimanakah pengawasan pihak berkuasa, JKK Kampung dalam menyelia aktiviti pemburuan ini supaya anak buah mereka tidak tertembak dari peluru yang bertaburan semasa mengejar binatang buruan mereka? Apa yang saya dapat perhatikan ketika itu, tiada pemantauan serta had-had tertentu demi menjaga keselamatan orang kampung serta ternakan mereka.

Diharap pihak-pihak yang berkewajipan dapat menyiasat perkara ini sebelum orang tua yang sedang berjalan jalan dikawasan kampung dan dipinggir hutan serta ternakan mereka menjadi mangsa buruan pemburu ini. Seperti kata pepatah, bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur. Elakkan tuduh menuduh setelah nyawa manusia melayang!

TENGKU MAN

Tuesday, February 16, 2010

SEJARAH MEMBUKTIKAN KEPIMPINAN ISLAM MAMPU MENERAJUI MASYARAKAT MAJMUK


Sejak seminggu ini, kemelut kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menjadi topik menarik untuk di perdebatkan oleh warga Pulau Pinang serta rakyat Malaysia sekelian.

Imbauan sejarah pula membuktikan tiada pemimpin dunia berjaya menerajui masyarakat berbilang bangsa, adat serta agama selain dari Nabi Muhammad SAW.

Jika sekali pun didakwa ada pemimpin memperolehi kejayaan, kebiasaannya kemakmuran dikuasai oleh kaum majoriti dan kaum minoriti terus terpinggir , terhimpit seperti yang berlaku sekarang di Pulau Pinang serta negara jiran kita.

Dari sejarah lampau dan pembuktian terkini, saya percaya hipotisis yang saya bangkitkan ini sebenarnya satu penemuan lama tetapi manusia lupa dimana sistem kepimpinan Islam sebenarnya mampu mewujudkan keharmonian masyarakat Malaysia.

Walaupun sistem pemerintahan cara Islam sejak merdeka tidak secara total seperti yang dimahukan oleh pihak yang lebih ekstrim, kepimpinan Islam yang diterajui oleh orang Melayu sejak merdeka menampakkan cirri-ciri kepimpinan Rasullullah yang kita kasihi.

Lihatlah semasa kita merdeka pada tahun 1957, semua pendatang yang bermastautin di Malaya ketika itu seperti dari negara asal mereka China, India dan sebagainya diberi warga negara tanpa syarat. Dalam masa yang sama diberi kebebasan berniaga, beragama serta kuasa memilih semasa pilihan raya.

Malangnya, pemberian ini tidak diterjemahan dalam bentuk terima kasih kepada kerajaan pimpinan Islam dan akhirnya generasi baru yang memerintah tidak tahu pengorbanan yang diberi secara terhormat dan bertimbang rasa.

Dalam hal ini, naluri saya bertanya apa sebenarnya peranan generasi lama selepas merdeka terhadap generasi baru keturunannya? Diberi nikmat untuk hidup serta bebas di negara Malaysia tetapi tidak menyumbang kearah satu kehidupan harmoni serta saling menghormati?

Atau sebenarnya mereka ini mempunyai agenda jangka panjang untuk mengambil alih negara ini dan meminggirkan majoriti secara halus seperti mengikut rentak negara jiran kita?

Apakah dendam yang dibawa oleh pendatang China terhadap pemerintahan Jepun selepas Jepun berjaya menakluki China masih hidup di kalangan generasi pendatang baru dan perasaan ini yang ditanam sejak kecil oleh ibubapa mereka telah menyembarakan “ api dalam serkam”?

Jika ini menjadi satu penemuan baru, maka sudah tentu niat serta semangat pemimpin terdahulu yang ikhlas untuk mencari keharmonian di sini tidak kesampaian.

Maka dengan itu, pihak kesultanan serta kerajaan pusat perlu memberi pilihan kepada mereka untuk menyerahkan taraf warga negara serta meminta mereka balik kenegara asal atau berhijrah ke negara-negara yang mereka fikirkan sesuai mengikut cita rasa mereka.

Saya percaya dengan strategi ini, konsep 1 Malaysia dapat diterjemahkan dengan lebih berkesan dengan mengambil kira asal usul keturunan yang liberal serta kontrak sosial terdahulu.

SYOR PEGUAM MELALUI PEPERIKSAAN TAHAP ALKOHOL SEBELUM MAHKAMAH BERSIDANG

Pengarang,

Jika pada kebiasaannya tertuduh diminta menjalani peperiksaan atau rawatan psikiatri untuk mencari tahap kewarasan maka saya percaya ujian tahap alcohol terhadap peserta sukan boleh dijadikan panduan dalam mempastikan setiap peguam yang akan berhujah dimahkamah mempunyai kewarasan manusia “normal” tanpa dipengaruhi atau dirangsang oleh bahan-bahan terlarang.

Pada hemat saya, adakala hujah dan lontaran oleh peguam didalam mahkamah seolah-olah melangkau tahap normal manusia biasa.

Bagi mempastikan mereka berhujah dengan kewarasan dan rasional, dicadangkan semua peguam menjalani peperiksaan kandungan alcohol sebelum perbicaraan bermula.


TENGKU MAN
Pandan Indah

Monday, February 15, 2010

Kaji selidik mengenai KL biadab tidak adil

FORUM

ARKIB : 23/06/2006
Kaji selidik mengenai KL biadab tidak adil

SEBAGAI rakyat Malaysia, saya tidak rasa tertekan dengan hasil kaji selidik oleh majalah Reader‘s Digest meletakkan Kuala Lumpur di tangga ketiga sebagai bandar raya paling biadab yang disiarkan dalam akhbar hari ini.

Untuk pengetahuan pembaca, rumusan kajian majalah itu adalah mengenai tahap budi bahasa atau biadabnya penduduk sesebuah bandar raya itu berdasarkan kepada kriteria-kriteria: ‘kesanggupan mereka membuka pintu untuk orang yang tidak dikenali’, ‘membantu orang lain’ dan ‘pekerja memberi perkhidmatan dengan keramahan dan senyuman’.

Apa yang saya lihat, tiga kriteria penilaian kajian tersebut tidak menampakkan satu rumusan yang adil kepada masyarakat kita.

Penilaian ‘membuka pintu untuk orang lain’ mempunyai makna yang luas dalam konteks cara berfikir orang Malaysia. Ia boleh memberi makna menolong membuka pintu semasa hendak memasuki premis, bilik air atau sebagainya.

Barangkali juga, ia mempunyai makna orang Malaysia perlu ‘membuka pintu’ seluas-luasnya kepada orang asing menjajah mental kita selepas kita sanggup membuka pintu untuk mereka bila masuk ke pejabat atau premis.

Kesimpulannya, ia adalah satu cara halus bagaimana orang asing cuba menjajah budaya kita secara berperingkat-peringkat dengan mendapatkan maklum balas yang selari dengan agenda mereka.

Jika dilihat dari perspektif kita, mengenai nilai murni orang asing di negara mereka, saya dapati mereka langsung tidak peka dengan kriteria di atas yang dianggap penting dalam masyarakat berbudaya.

Contohnya, jika kita melawat negara Barat, adakah kita dilayan dengan baik setibanya di lapangan terbang, di pintu luar lapangan terbang dan semasa kita sesat di dalam bandar mereka?

Yang pasti, bila kita hilang arah semasa bersiar-siar di bandar mereka, kita akan ditanya identiti dan entah apa lagi label yang akan diberikan kepada kita terutama orang Islam dan kemudiannya akan di soal siasat dalam satu bilik khas sama ada di bilik tahanan imigresen, polis dan sebagainya, sehinggalah mereka memperoleh maklumat semua sejarah perjalanan dan latar belakang kita.

Ini berbeza dengan cara kita menyambut mereka, di mana kita akan tatang mereka sebagai ‘Tuan Besar’ disebabkan pengaruh penjajahan yang masih tebal dalam sistem protokol dan budaya kita.

Persoalannya, adakah kriteria di atas masih merujuk supaya mereka perlu diberi layanan sebagai ‘Tuan Besar’ sehingga kita mahu menerima hasil kaji selidik yang jelik ini?

– TENGKU MAN,

Pandan Indah,

Selangor.