Sunday, July 6, 2014

SYOR PEMBAYAR CUKAI DIBERI REBET UNTUK PEMBELIAN RON 95

Sejak kebelakangan ini semacam banyak cakap-cakap dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ingin menjadi juara mahu menyekat pengunaan RON 95 kepada penguna-penguna berada / mewah dengan tidak  memberi harga subsidi semasa pembelian RON 95. Mereka berpendapat bahawa pembelian RON 95 bersubsidi kepada pemilik "kenderaan mewah" perlu di sekat atau di minta membayar tanpa harga subsidi.

Ingin saya bertanya kepada para "juara kampong"  ini adakah mereka pembayar cukai yang tertinggi serta penyumbang cukai pendapatan untuk negara?. Apalah salahnya penguna yang dikategorikan orang berada ini menikmati sedikit subsidi bersifat "rebet" dari sumbangan mereka sebagai pembayar cukai terbesar yang menjadi tunjang  pengerak ekonomi negara?

Jika melihat dari perspektif warga negara yang rajin atau berada ini, warga yang tidak menyumbang dari segi cukai pendapatan atau tenaga untuk mengerakkan ekonomi negara sepatutnya tidak layak menerima rebet (subsidi) kerana mereka tidak memberi apa-apa dana atau sumbangan untuk melonjakkan ekonomi negara.

Oleh itu, saya berpendapat mereka ini perlu mencari satu sasaran yang lebih lojik seperti penyekatan pembelian bahan-bahan bersubsidi kepada warga asing yang tidak memyumbang kepada pengerakkan ekonomi negara atau mereka ini dinasihati berhenti menjadi juara kampong yang menampakkan keperibadian yang rendah.