Wednesday, July 30, 2014

SYOR LEKAS SAMBUNG LEBUHRAYA BERTINGKAT DARI PLAZA TOL SENAWANG KE PERSIMPANGAN JALAN SEREMBAN-KUALA PILAH

Apa yang saya dapat perhatikan kesesakan lebuhraya PLUS di antara Nilai ke Tol Senawang dan Tol Senawang ke Nilai amat kritikal  terutama dimusim perayaan maupun musim cuti sekolah.

Oleh itu, diharap pihak PLUS dan LEKAS dapat membuat kajian serta mempercepatkan serta meningkat jalan yang sedia ada kepada lebuhraya bertingkat menyambung susur keluar  Plaza Tol Senawang ke persimpangan jalan Seremban- Kuala Pilah berhampiran Lavender Height.

Dengan adanya penyambung lebuhraya dari Plaza Tol Senawang ke persimpangan jalan Seremban - Kuala Pilah, pengguna kenderaan  mempunyai pilihan ketika waktu puncak  samada meneruskan perjalanan dari  persimpangan  Senawang ke utara melalui PLUS atau melalui susur keluar Plaza Tol Senawang menuju ke persimpanan Jalan  Seremban - Kuala Pilah untuk meneruskan perjalanan melalui lebuhraya LEKAS.

Ketika musim perayaan dan cuti sekolah, susur keluar Plaza Tol Senawang mengalami kesesakan yang luar biasa kerana banyak kenderaan memasuki Plaza Tol Senawang untuk mendapatkan leburaya LEKAS. Ketika ini lorong dan jalan raya menuju ke persimpangan Seremban-Kuala Pilah  dari Plaza Tol Senawang tidak dapat menampung lempahan kenderaan yang berpusu-pusu masuk melalui susur keluar Senawang. Tambahan pula, jalanraya  antara Plaza Tol Senawang  ke persimpangan Jalan Seremban - Kuala Pilah yang anggaran 10KM mempunyai banyak  lampu isyarat  yang menyumbang kesesakan yang luar biasa.

Dengan adanya jalan atau lebuhraya bertingkat di antara persimpangan Plaza  Tol Senawang  ke Jalan Seremban - Kuala Pilah berhampiran Levender Height , aliran kenderaan akan lebih tersusun kerana jalan sedia ada boleh di gunakan oleh penduduk tempatan dan jalan bertingkat digunakan oleh penguna kenderaan dari  luar.

Diharap juga, pihak PLUS dapat mengkaji jalan empat lorong yang dalam pembinaan sekarang dapat di sambung sehingga ke persimpangan Plaza Tol Senawang dan bukan setakat persimpangan Plaza Tol Port Dickson untuk memenuhi jaringan penyeluraian kenderaan.