Itulah tajuk yang didendangkan oleh Harakah
daily.net
mengenai Forum TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement) yang akan
dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Badan Bertindak
Bantah TPPA yang dicadangkan pada 10 Oktober 2013 di Kelab Sultan
Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.
Dari pengamatan saya, apa
"standard" Anwar untuk berhujah mengenai TPPA? Semasa memegang jawatan
kedua tertinggi dan Menteri Kewangan dulu ternyata "competency" atau
kewibawaan Anwar boleh diukur dengan jangkauan tapak tangan sahaja. Saya
tidak nampak beliau menyerlah dalam tempoh memegang porfolio Menteri
Kewangan apatah lagi dengan kelulusan akademik yang tidak secucuk dan
pengetahuan yang tidak "international".
Jadi, ada eloknya
badan-badan yang hendak menjadi hero ini memilih sesaorang yang
setanding dengan Dr M untuk berhujah dan
memberi nilai tambah kepada pendengar. Saya syorkan carilah ahli panel
dari PKR atau PAS yang berkebolehan untuk berhujah secara profesional
dan dihormati oleh pendengar. Jika tak ada, duduk diam-diam saja lah.
Umum
mengetahui bahawa Dr M sudah berundur dari memegang jawatan berpengaruh
dalam politik, maka sebaik baiknya "sekutu" beliau adalah ahli panel
yang terdiri dikalangan bukan ahli politik yang berwibawa berbicara
berkenaan TPPA.
Dalam hal TPPA, kita tidak boleh berhujah dengan
cerita dongeng politik. Ia perlu ada "substance dan material" untuk
menyakinkan rakyat dengan keupayaan kepimpinan. Maksudnya kita bukan
mencarI penglipor lara moden untuk menambat hati pendengar sahaja. Begitu juga dikhuatirkan penonton bukan saja disajikan penglipor lara malah penonton mungkin teruja merenuh wajah baru Anwar yang dikatakan mempunyai wajah baru. Jika ini berlaku sudah tentu matlamat asal dialog ini tidak akan tercapai.