Wednesday, September 18, 2013

FILEM PATRIOTIK " TANDA PUTERA" : GENERASI MUDA TERUJA MENONTON FAKTA DAN SEJARAH

Sejak filem Tanda Putera di tayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, sudah kedengaran golongan muda Melayu memperkatakan tentang kehebatan dan semangat kebangsaan didalam filem tersebut. Ramai diantara mereka mengesyorkan saya menonton filem tersebut kerana jalan cerita dan mesej yang cuba diketengahkan mencuit perasan mereka sebagai rakyat Malaysia yang cinta keamanan.
 
Apa yang dapat saya kongsi bersama mereka ialah  sebahagian penceritaan  serta paparan dalam filem tersebut adalah juga pengalaman saya lihat dan alami semasa rusuhan kaum pada sekitar 13 Mei 1969. Oleh itu, tidak asing bagi saya peristiwa berdarah itu amat membangkitkan dendam saya apabila sebahagian kaum saya di bunuh dengan kejam oleh golongan durjana yang sedang merayakan kemenangan pilihanraya pada ketika itu.
 
Malangnya, ada pihak pada waktu itu cuba memadamkan peristiwa  tersebut dalam sejarah bagi menjaga perasaan generasi akan datang sehinggalah pada waktu ini. Apabila peristiwa tersebut tidak dijadikan satu pengajaran maka generasi muda kini tidak mempunyai asas untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian sesama kaum.
 
Bagi pendapat saya, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah satu fakta yang tidak boleh diubah dan peristiwa ini perlu disampaikan kepada semua kaum di setiap generasi dengan pendekatan dan penyampaian yang proaktif.
 
Dalam masa yang sama,  setiap bangsa Melayu perlu mempertahankan setiap titisan  darah orang Melayu  bagi menjaga maruah bangsa dan agama sendiri sambil mengurus kaum lain berkongsi ekonomi  negara.