Wednesday, April 3, 2013

TINDAKAN MEMPERTAHANKAN PENGUNAAN KALIMAH ALLAH UNTUK PENGANUT BUKAN ISLAM DEMI MENJAGA HATI DAN UNDI PENGUNDI SABAH.



Disebut dalam dada akhbar tempatan hari ini, pembangkang mempertahankan pengunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam.

Pada pendapat saya, penegasan ini adalah semata-mata untuk meraih undi terutama di Sabah dan Sarawak. Mereka tahu dengan mendendangkan semula isu kalimah Allah maka mereka dapat merai undi. Apatah lagi kerusi parlimen yang banyak serta strategi menghuru harakan Sabah tidak tercapai menjelang pilihanraya.
Mengikut tradisi di Sabah dan Sarawak, pengunaan Allah diguna pakai oleh bukan Islam seperti Kadazan, Iban dan sebagainya semasa upacara sembahyang setiap hari minggu (Ahad).

Oleh itu, jika ditarik balik maka sudah tentu masyarakat ini akan memprotes di atas pengharaman pengunaan kalimah Allah. Demi menjaga undi, pihak pembangkang mengambil jalan mudah meraih sokongan dengan mengulangi bahawa mereka "menghalalkan" pengunaan Allah kepada orang bukan Islam.

Samada mereka tahu atau tidak tahu pengunaan kalimah Allah itu salah dari perspektif Islam adalah urusan kedua setelah kemenangan pilihanraya memihak kepada pembangkang kelak.

Inilah yang dikatakan dunia politik yang hanya untuk mencari kekuasaan dan kepuasan individu dan sekolompong masyarakat tanpa memikirkan implikasi jangka panjang kepada agama, bangsa dan negara.
Semoga masyarakat dapat menilai perangai tokoh-tokoh politik ini yang pada dasarnya mewarisi keperibadian yang amat teruk.

TENGKU MAN