Saturday, March 16, 2013

SYOR BICARA DAN DEDAHKAN SALAH LAKU PEMIMPIN POLITIK SECEPAT MUNGKIN

Dengan mengambil iktibar pendedahan salah laku pemimpin politik di dalam media dan blog, saya syorkan di masa akan datang pendedahan salah laku pemimpin kepada umum perlu di buat secepat mungkin supaya rakyat dapat mengikuti dan  menilai keperibadian  pemimpin tersebut.

Apa yang saya perhatikan dimasa lalu, ada sebilangan pemimpin peringkat tertinggi  enggan mendedahkan salah laku pemimpin yang terlibat  semasa berkuasa demi menjaga nama parti dan keluarga mereka.

Bagi saya, strategi tersebut tidak memberi  nilai tambah  bagi membaiki keperibadian  beliau malah individu tersebut semakin berani melakukan sesuatu untuk nafsu dan kepentingan diri sendiri.

Apabila cerita beliau  di dedahkan setelah beberapa tahun dari fail sulitnya,  cerita tersebut dianggap sudah lama, kitar semula dan  basi.

Ini kerana kesetiaan pengikut  terhadap pengaruh dan pimpinan beliau  sudah menebal dan sukar menerima cerita salah laku pemimpin mereka.


Jadi, saya syorkan setiap pemimpin politik selepas PRU 13  perlu dipantau dan keperibadian songsang serta  nilai moral nya perlu di dedahkan dan diambil tindakkan lebih awal supaya pengikut tidak "menghalalkan" perlakuan pemimpin mereka.

Jangan sembunyikan kelakuan negatif pemimpin dari pengetahuan umum kerana dalam mainan politik menuntut di dedahkan keperibadian pemimpin dengan serta merta.


TENGKU MAN
Pandan Indah