Tuesday, May 1, 2012

SYOR BUAT AKTA BERAT UNTUK MANUSIA TAK BERTAMADUN


Saudara Pengarang,

Setelah kita merdeka dari penjajah dan ancaman komunis, rata-rata rakyat mahukan akta atau undang-undang  zaman tersebut dikaji semula. 

Berprisipkan manusia bertamadun, kerajaan setiap tahun membuat kajian dan penilaian akta-akta atau undang yang tak relevan untuk kesejahteraan rakyat.

Malangnya, semakin kerap  kajian tersebut di buat serta beberapa akta dan undang-undang dimansuhkan, semakin ramai pula  manusia tidak bertamadun  muncul tanpa menitik beratkan keharmonian, keselamatan dan keselesaan orang lain.

Oleh itu, saya cadangkan satu kajian tentang penguatkuasaan undang-undang perlu dibuat  menjurus kepada  kelompok manusia yang tidak bertamadun yang semakin hari semakin berani mencabar perlembagaan dan undang-undang negara ini.

Saya percaya sebahagian besar rakyat sudah merasa bosan dan kecewa dengan sikap biadap manusia yang tidak bertamadun ini. Setiap hari mereka lebih berani  mencabar perlaksanaan undang-undang negara ini. 

Sekiranya pihak penguatkuasa tidak mengambil tindakan yang berani kepada manusia yang  tak bertamadun ini lebih awal, maka kita sebenarnya mengundang kolompok lagi satu  untuk melakukan kekerasan pula. Sikap  provokasi yang keterlaluan oleh golongan manusia yang tak bertamadun ini boleh  mengundang rusuhan antara kolompok lagi satu yang mendukung perlembagaan negara serta mencintai keamanan  negara.




TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur