Tuesday, May 1, 2012

AMBIGA "BUNUH" KARIER ANUAR IBRAHIM


Saudara Pengarang,

Setelah memerhatikan strategi antara pemimpin BERSIH dan pemimpin politik pembangkang dalam mecari populariti semasa perhimpunan haram BERSIH pada hari Sabtu lalu, saya lihat  Ambiga lebih "cerdik" mencari ruang-ruang berlandasan undang-undang untuk mengelak disabitkan kesalahan peruntukun undang-undang sedia ada. 

Bagi pemimpin politik pembangkang yang diketuai oleh Anuar Ibrahim dan pengikutnya, menampakkan kecetekan ilmu dalam perundangan bagi mengelak di sabitkan kesalahan.


Tambahan pula,  kenyataan bodoh pemimpin politik pembangkang kepada media seolah-olah  meletakkan kepala mereka dan pengikutnya "sedia untuk dipancung" kerana buta  perundangan.   

Dengan membuat provokasi dan kenyataan menghasut kepada pengikutnya tanpa landasan undang-undang, perbuatan pemimpin ini dan pengikutnya telah "menelanjangkan" tingkah laku serta "niat" melanggar perintah mahkamah, merosakkan harta benda dan mencederakan orang awam serta pihak berkuasa.

Bagi saya, percaturan dalam mencari populariti ini lebih memihak kepada Ambiga sedangkan  pemimpin dan pengikut parti politik pembangkang  sudah pasti akan berhadapan dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Saya sebagai rakyat Malaysia amat kecewa dan merasa tertekan kerana majoriti pelakunya  adalah seagama dan sebangsa yang  sepatutnya mereka inilah benteng untuk melindungi bangsa, agama dan negara saya dimasa kini dan akan datang.

Bayangkan apabila tiba masanya nanti, negara ini akan diuruskan oleh " tangan-tangan luar " dan kita akan merempat selama-lamanya.


TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur