Monday, October 10, 2011

PENANGGUHAN TAYANGAN VIDEO KLIP "UNDIILAH". APA RASIONAL MAHU MENAGIH UNDI ORANG RAMAI?

Saudara Pengarang,

Saya terpanggil untuk membuat komen mengenai seorang penulis ruangan dari akhbar edaran percuma di kawasan Kuala Lumpur meminta isu penanggungan videoUNDILAH di adili oleh suara ramai untuk tayangan umum.

Saya berpendapat beliau ini tidak tahu rasional kewujudan akta-akta di Malaysia mahu pun di mana mana negara termasuk di Amerika, Britain, Australia dan sebagainya. Bagi beliau, apa jua pendapat individu samada ia boleh membentuk budaya rakyat atau sebaliknya tidak perlu ada sekatan atau kelulusan dari pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Sekiranya beliau merasai pendapat beliau lebih hebat , beliau perlu mencari satu negara yang mempunyai kebebasan untuk bersuara serta negara tersebut mengizinkan melakukan sesuatu mengikut naluri walaupun boleh memudharatkan kehidupan dan budaya rakyat mereka.

Di sinilah bahayanya generasi sekarang yang tidak di latih memikirkan implikasi jangka panjang akibat sesuatu tindakan songsang serta lebih terarah untuk kepuasan waktu yang singkat. Mereka tidak di ajar bagaimana sesuatu tindakan yang pada waktu ini di anggap betul tetapi pada hakikatnya menghancurkan budaya, norma norma hidup sesuatu bangsa, kaum dan masyarakat yang telah lama menikmati keamanan.

Penglibatan individu yang kontrovesi dan pernah mencemuh imej negara, agensi kerajaan , individu dan sebagainya tidak sesuai untuk di jadikan ikon serta di tayangkan berkali kali menerusi media. Ini akan memberi tanggapan kepada penonton bahawa individu atau pelakon di dalam klip atau filem mempunyai etika yang baik sedangkan perlakuannya di luar klip atau filem amat tidak sesuai untuk masyarakat majmuk menerimanya sebagai hero dalam sistem demokrasi di Malaysia.


TENGKU MAN.

Pandan Indah, Kuala Lumpur.