Tuesday, February 16, 2010

SEJARAH MEMBUKTIKAN KEPIMPINAN ISLAM MAMPU MENERAJUI MASYARAKAT MAJMUK


Sejak seminggu ini, kemelut kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menjadi topik menarik untuk di perdebatkan oleh warga Pulau Pinang serta rakyat Malaysia sekelian.

Imbauan sejarah pula membuktikan tiada pemimpin dunia berjaya menerajui masyarakat berbilang bangsa, adat serta agama selain dari Nabi Muhammad SAW.

Jika sekali pun didakwa ada pemimpin memperolehi kejayaan, kebiasaannya kemakmuran dikuasai oleh kaum majoriti dan kaum minoriti terus terpinggir , terhimpit seperti yang berlaku sekarang di Pulau Pinang serta negara jiran kita.

Dari sejarah lampau dan pembuktian terkini, saya percaya hipotisis yang saya bangkitkan ini sebenarnya satu penemuan lama tetapi manusia lupa dimana sistem kepimpinan Islam sebenarnya mampu mewujudkan keharmonian masyarakat Malaysia.

Walaupun sistem pemerintahan cara Islam sejak merdeka tidak secara total seperti yang dimahukan oleh pihak yang lebih ekstrim, kepimpinan Islam yang diterajui oleh orang Melayu sejak merdeka menampakkan cirri-ciri kepimpinan Rasullullah yang kita kasihi.

Lihatlah semasa kita merdeka pada tahun 1957, semua pendatang yang bermastautin di Malaya ketika itu seperti dari negara asal mereka China, India dan sebagainya diberi warga negara tanpa syarat. Dalam masa yang sama diberi kebebasan berniaga, beragama serta kuasa memilih semasa pilihan raya.

Malangnya, pemberian ini tidak diterjemahan dalam bentuk terima kasih kepada kerajaan pimpinan Islam dan akhirnya generasi baru yang memerintah tidak tahu pengorbanan yang diberi secara terhormat dan bertimbang rasa.

Dalam hal ini, naluri saya bertanya apa sebenarnya peranan generasi lama selepas merdeka terhadap generasi baru keturunannya? Diberi nikmat untuk hidup serta bebas di negara Malaysia tetapi tidak menyumbang kearah satu kehidupan harmoni serta saling menghormati?

Atau sebenarnya mereka ini mempunyai agenda jangka panjang untuk mengambil alih negara ini dan meminggirkan majoriti secara halus seperti mengikut rentak negara jiran kita?

Apakah dendam yang dibawa oleh pendatang China terhadap pemerintahan Jepun selepas Jepun berjaya menakluki China masih hidup di kalangan generasi pendatang baru dan perasaan ini yang ditanam sejak kecil oleh ibubapa mereka telah menyembarakan “ api dalam serkam”?

Jika ini menjadi satu penemuan baru, maka sudah tentu niat serta semangat pemimpin terdahulu yang ikhlas untuk mencari keharmonian di sini tidak kesampaian.

Maka dengan itu, pihak kesultanan serta kerajaan pusat perlu memberi pilihan kepada mereka untuk menyerahkan taraf warga negara serta meminta mereka balik kenegara asal atau berhijrah ke negara-negara yang mereka fikirkan sesuai mengikut cita rasa mereka.

Saya percaya dengan strategi ini, konsep 1 Malaysia dapat diterjemahkan dengan lebih berkesan dengan mengambil kira asal usul keturunan yang liberal serta kontrak sosial terdahulu.